JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Pulai di sini gempar apabila bilik suis elektrik di tingkat tiga blok bangunan sekolah berkenaan terbakar tengah hari semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon Satu Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia Johor, Penguasa Kanan Bomba II Faizol Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.55 tengah hari semalam.

“Tiga jentera membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai bergegas ke tempat kejadian.

“Satu jentera membabitkan empat anggota dari BBP Pekan Nenas turut memberi bantuan dalam operasi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Seorang anggota bomba dan penyelamat menjalankan kerja memadam api.

Faizol menambah, kebakaran itu turut melibatkan makmal sains yang terletak di sebelah bilik suis tersebut.

“Pihak bomba membuat pemeriksaan di atas siling makmal berkenaan untuk memastikan tiada punca api lagi.

“Ketika kejadian, terdapat murid berada di makmal sains tersebut, bagaimanapun kesemuanya sempat menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi berjaya ditamatkan kira-kira jam 2.30 petang,” katanya.

Baca:

"Bagaimanakah kami tak jatuh sayang pada kamu Syazwan..." - Coretan sayu ustazah ini buat ramai sebak

10 topik Sains wajib ulang kaji UPSR - Ramalan Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Guru ini kongsi tip mudah skor A subjek bahasa Inggeris UPSR

Pesanan khas untuk ibu bapa menjelang peperiksaan UPSR