KUALA LUMPUR - Datuk Zaiton Othman dipilih sebagai Ikon Karnival Sukan Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas (SiPIK) 2019 yang berlangsung semalam hingga Ahad ini.

Urusetia Sekretariat Publisiti dan Media, Hairul Faezi Lokman berkata, pemilihan Alumni Tersohor Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) itu turut bersempena dengan sambutan 60 tahun Ilmu Khas pada September akan datang.

“Pemilihan Zaiton yang juga merupakan bekas bintang olahraga kebangsaan dan antarabangsa bertepatan dengan kejayaan dan sumbangan yang telah ditonjolkan oleh beliau sepanjang penglibatan dan karier dalam bidang sukan olahraga.

“Zaiton juga merupakan salah seorang alumni yang sering memberikan sokongan dan juga komitmen dalam membangunkan potensi serta kecemerlangan IPG Kampus Ilmu Khas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Hairul Faezi berkata, SiPIK 2019 Peringkat Kebangsaan bakal melibatkan seramai 760 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pensyarah dan juga staf dari IPG kampus seluruh Malaysia.

“Penganjuran SiPIK 2019 akan melibat sembilan acara, antaranya adalah bola sepak, bola tampar, golf, badminton, petanque, bola jaring, tenpin boling, tenis dan karaoke,” katanya.

Baca:

Markah Matematik masih E, apa perlu buat? Ini pesanan Cikgu Mohamad Hakim

Cikgu Shahril kongsi 17 teknik menjawab soalan Matematik UPSR melalui pengalaman gambar rajah

Link soalan percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Cemerlang setiap kali peperiksaan, guru ini gariskan tujuh panduan untuk diikuti

Empat murid hadapi detik cemas van sekolah terbabas dalam kemalangan