KUANTAN - "Semalam saya cuba buat 'Zoom Cloud Meeting' ini.. Hari ini saya bermula dengan subjek bahasa Melayu untuk kelas 5 Efektif. Walaupun hanya 16 pelajar yang turut serta, dah ok dah."

Begitulah reaksi guru bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu, Mazliza Mahmood.

Katanya, ini kali pertama beliau mencuba 'Zoom Cloud Meeting'.

"Tak sangka pelajar saya sangat seronok. Hari ini saya buat kelas waktu pagi.. 16 pelajar dapat turut serta, ada yang nak sertai lagi tapi belum pandai.

"Esok saya akan buat kelas pada waktu petang pula. Saya kumpul pelajar dengan memberi maklumat menerusi Grup Whatsapp kelas," jelasnya.

Sebelum ini, Cikgu Mazliza turut memberi kerja rumah untuk pelajar menurusi Grup Whatsapp.

"Sebenarnya saya sangat sedih dengan situasi sekarang ini.. Kasihan dengan pelajar. Itu saya buat kaedah Pdpc ini.. 'try and error' sahaja.

"Bertabah dalam dugaan Covid-19. Namun sebagai pelajar ilmu tetap wajib dicari walau dengan apa cara sekali pun. Untuk rakan guru, gunakan kebijaksanaan masing-masing serta boleh guna kemudahan IT dalam menyampaikan ilmu," katanya.

Ini cara Cikgu Mazliza membuat 'Zoom Cloud Meeting':

  1. Minta pelajar download aplikasi ZOOM Cloud Meetings.
  2. Tetapkan masa bila nak meeting
  3. Bagi siap-siap topik apa nak dibincangkan.

Artikel lain:

Selain Raatchasi, ini 20 filem menarik berkait dunia guru dan pendidikan

Cikgu Mc Nor ajar empat langkah mudah buat sendiri 'hand sanitizer' kos hanya RM22 untuk satu liter

Terbaiklah, JPN Johor sediakan pembelajaran digital, altenatif PdP musim cuti Covid-19