Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) terus komited untuk memberikan pelbagai faedah kepada ahlinya dengan menawarkan pelbagai inisiatif dan terbaharu menerusi pakej pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, pihaknya telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Glocal Travel dan WSF Travel bagi menyediakan pakej umrah dan pelancongan ke lebih 10 destinasi.

“Perbincangan yang dilakukan sejak awal tahun ini telah menggariskan pelbagai faedah buat warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti wang saku RM300 seorang, beg pakaian, dan kedudukan hotel yang berdekatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

“Guru-guru pasti akan merasai kelainan sekiranya melancong atau beribadat ke Tanah Suci menerusi YGMB Travel & Tours. Ada pelbagai pilihan tarikh yang disediakan terutamanya pada musim cuti sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Festival Guru Malaysia (FGM) 2019 yang diadakan selama lima hari bermula Ahad lalu, di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi YGMB, Aminudin Adam berkata, bagi mempertingkatkan aspek kebajikan para ahli, YGMB sentiasa mengambil inisiatif untuk memperkemaskan manfaat yang disediakan sesuai mengikut keperluan semasa.

Terbaharu katanya, YGMB turut menyediakan kos bantuan guaman sehingga RM30,000 bagi guru-guru yang berhadapan dengan tindakan undang-undang semasa berkhidmat sekali gus meringankan beban guru yang terlibat.

Selain itu katanya, YGMB juga telah mengambil inisiatif dengan menyediakan proposal skim perlindungan khusus bagi guru-guru yang membawa pelajar menggunakan kenderaan sendiri untuk mengikuti aktiviti luar sekolah.

“Sudah sampai masa dan ketikanya guru-guru yang terlibat dengan kemalangan sewaktu membawa pelajar menggunakan kenderaan sendiri mendapat pembelaan sewajarnya. Kita akan mengemukakan cadangan ini kepada Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat,” katanya.

Artikel menarik:

Maszlee saran guru sokong YGMB agar kebajikan terjaga (9 foto)

Persatuan guru minta KPM perkasa peranan guru secara inklusif

Kerana minat dan cinta dalam pendidikan, Kamariah dinobat pemenang 'Most Exceptional Educator' 2019

Guru yang melanjutkan pengajian akan diberi insentif

Ini yang SMK Pasir Mas buat pada pelajar yang hadir penuh ke sekolah