BAYAN LEPAS - Lebih 40,000 pengunjung memeriahkan Festival Guru Malaysia (FGM) 2019 yang berlangsung selama lima hari anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Festival yang berakhir hari ini di Pusat Kovensyen Setia Spice itu turut menyaksikan YGMB berjaya menarik keahlian baharu hampir 1,000 orang dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, setiap hari lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan festival berkenaan.

“Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara hadir memeriahkan FGM 2019, ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

“Secara keseluruhan festival yang julung-julung kali dianjurkan YGMB ini dilihat berjaya dan mencapai objektif dan mendapat sambutan luar biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya, semalam ketika Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hadir ke FGM 2019 dan beliau turut memuji penganjuran festival berkenaan oleh YGMB selain turut memuat naik status di laman sosialnya.

“Terima kasih, bila menteri berpuas hati, kita rasa ianya berjaya dah capai objektif termasuk mengenai pengisian program yang bersesuaian dan menepati kehendak arus pendidikan semasa.

“Kami juga menyambut baik saranan menteri agar lebih banyak pihak tampil untuk menaja FGM pada masa akan datang selain galakkan guru sertai YGMB,” katanya.

Artikel menarik lain:

“Tak sangka cikgu masih tunggu aku… ALLAH”- 'Ustaz Hamadi' sebak jumpa guru Muziknya di sekolah

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

Maszlee umum 7 inisiatif kurang beban guru dalam ucapan Hari Guru pagi tadi

'Meninggal ketika laung azan kedua untuk solat Jumaat' - Cikgu ini sebak kenang Amirul Najmi

'Peningkan nak cuti raya' - Ini jadual pekeliling dari KPM