Penubuhan Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Parit Sulong (SMRKPS) atau kini dikenali SMK Dato’ Sulaiman (SMKDS), adalah rentetan perkembangan pendidikan sekolah menengah kepada anak-anak kampung terutamanya dikawasan luar bandar seperti Parit Sulong. Selepas merdeka, kerajaan telah memperkenalkan Sistem Peperiksaan Darjah VI sebagai syarat kemasukan ke sekolah menengah.

Kerajaan juga memperkenalkan sistem pelajaran aneka jurusan pada masa itu untuk memberi peluang kepada anak-anak lepasan sekolah rendah melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun lagi.

Hasil wawasan tersebut tertubuhlah Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Parit Sulong pada 10 Januari 1965. Guru Besar pertamanya adalah En. Yusuf b. Ahmad yang hanya menjalankan tugas untuk tempoh masa dua bulan sahaja sebelum tempat beliau digantikan oleh Tn. Hj Daud b. Ibrahim pada bulan Mac 1965.

Guru Penolong Kanan yang pertamanya pula ialah Tn. Hj. Shukri b. Hj. Sulaiman manakala Ketua Pengawasnya ialah saudara Abdul Majid b. Abdullah.

Penubuhannya menyorot kepada penubuhan Lembaga Jemaah Pengelola Sekolah dan pengerusi pertamanya ialah En. Abdul Majid b. Mohamad. Pada awal penubuhannya, SMRKPS tidak ada guru yang berstatus graduan. Sebaliknya SMRKPS hanya memperolehi guru graduan pertamanya pada 28 Januari 1970  setelah En. Mohd Arif b. Ismail melaporkan diri sebagai guru disana.

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara