Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah atau ringkasnya SMK Tun Aminah, merupakan sebuah sekolah menengah di Malaysia.

Sejarah Sekolah

Sekolah Tun Aminah mula dibuka pada awal 1965. Waktu itu ia menumpang di SM Perempuan Temenggong Ibrahim. Pada 4 November 1965 pelajar-pelajar dari sekolah ini mula belajar di bangunan baru yang terletak di KM. 8 Jalan Kluang, Batu Pahat.

Pada mulanya sekolah baru ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah. Pada 21 September 1967 bersamaan 17 Jamadilakhir 1387 sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh En Mohd Khir bin Johari, Menteri Pendidikan Malaysia. Pengerusi Jemaah Pengelola yang pertama ialah YB Dato' Hj. Md. Salleh bin Hj. Tahir.

Pada tahun-tahun awal pembukaannya, Sekolah Menengah Tun Aminah menampung pelajar-pelajar perempuan Melayu aliran Sastera dari luar bandar. Apabila terdirinya banyak sekolah-sekolah Menengah di Luar Bandar, bilangan pelajar Melayu makin berkurangan.

Bermula pada tahun 1976 sekolah ini menerima pelajar-pelajar Cina untuk tingkatan peralihan dan sehingga kini bilangan pelajar bukan Melayu melebihi pelajar-pelajar Melayu.
 

VISI

SMK Tun Aminah Sekolah Gemilang  pada 2010

MISI

1.Membentuk pelajar yang berilmu, berdikari, berakhlak mulia, berketerampilan dan berkeyakinan.

2.Kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum serta kepimpinan dan pengurusan.

3.Mewujudkan iklim sekolah serta asrama yang gemilang dan mencapai matlamat 3K.

MATLAMAT

Menjadikan SMK Tun Aminah Gemilang Dalam semua bidang pada 2010