Sekolah Kebangsaan Bagan atau nama ringkasnya SK Bagan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 09, Kampung Bagan,.

Sekolah Kebangsaan Bagan memiliki 142 pelajar lelaki dan 132 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 274 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.

 

LATAR BELAKANG

Dalam tahun 1904, Orang Kaya Jaafar bersama-sama Haji Musa Bin Hj. Sidek dan Hj. Ibrahim Madura telah mengesahkan pembinaan sebuah sekolah Melayu yang menumpang di sebuah rumah wakaf di kawasan Mesjid Jamek Kg Bagan , Pt. Hj. Ibrahim Sekolah tersebut telah dikenali dengan Sekolah Melayu Lelaki Bagan.

Empat tahun kemudian ( 1908 ) dengan wang yang diusahakan oleh orang-orang kampung terdirilah sebuah bangunan sementara di hadapan rumah wakaf kawasan masjid. Orang Kaya seterusnya telah berusaha untuk mendapatkan bantuan kerajaan bagi mendirikan bangunan sekolah yang lebih sempurna.

Akhirnya dalam tahun 1912 kerajaan mula membangunkan sebuah sekolah yang diperbuat daripada dinding papan dan sebelah atasnya berjaring-jaring kayu beratapkan nipah serta mempunyai satu pintu menghala sebelah depan. Ia didirikan di atas tapak bangsal balai panjang.

Beberapa tahun kemudian, dalam tahun 1927 sebuah sekolah yang lebih sempurna didirikan di atas tapak yang sama. Bangunan ini mempunyai tiang batu sekerat, beratapkan genting kecil dan di lepar oleh kipas-kipas kayu.

Dalam tahun 1937, kerajaan telah siap membina sebuah lagi sekolah yang terletak kira-kira .4 km ke barat dari sekolah bangunan tahun 1927 itu. Kedudukannya di batu 5 ½ Jalanraya Batu Pahat.- Muar. Sekolah yang diperbuat daripada batu ini di beri nama Sekolah Lelaki Bagan Tinggi. Manakala sekolah yang awal diberi nama Sekolah Lelaki Bagan Rendah.

Orang Kaya Jaafar juga percaya bahawa anak-anak perempuan patut diberi peluang yang sama untuk belajar di sekolah. Dengan itu beliau sekali lagi bersama-sama Hj. Musa mendirikan sebuah sekolah daripada kayu di antara tahun 1910 – 1920 di kampung Parit Hj. Ibrahim untuk tujuan ini.

Bangunan ini kemudiannya dipindahkan ke satu kawasan berhampiran dengan Sekolah Lelaki Bagan Tinggi. Kerajaan pula pada tahun 1925 telah mendirikan sebuah bangunan yang sama dengan sekolah Lelaki Seri Beringin untuk Sekolah Melayu Perempuan Bagan .

25 tahun kemudian , pada 25 Mei 1950 , Penghulu Muhamad Noor bin Jaafar ( anak Orang Kaya Jaafar ) bersama-sama Tuan Haji Yusuf Bin Ali dengan kerjasama orang-orang kampung telah mendirikan sebuah lagi Sekolah Perempuan yang diberi nama Orang Kaya Jaafar Bin Sidek.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan , Puan Hajah Hendon Bt. Hj. Abdullah, PLP.,PIS., BSI.,AMN.,telah menjalankan peranan untuk melaksanakan keputusan tersebut.Dengan melalui YB. Dato’ Hj. Radzuan Bin Hj. Salim DPMJ.,DSIJ., PID., AMN., ahli Dewan Undangan Negeri Peserai dan YB. Puan Hajah Sharifah Dorah Bt. Sayed Mohamad PIS., BSI.,AMN., ahli Parlimen Kawasan Semerah ( Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) , permohonan di buat terus kepada YB . Dato’ Musa Hitam Menteri Pelajaran Malaysia , merujuk surat : GBB/BP.257/1978 bertarikh 1 Jun 1978.

Pada 4 November 1979 , Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan projek , membina bangunan gantian tiga tingkatmengandungi 6 bilik buah darjah, pejabat, stor, Bilik guru, Bilik TV, Bilik Perpustakaan, Bilik Sembahyang, Bekalan air ,api dan pagar.( Peruntukan : RM 205 000/- telah di tambah menjadi RM 500 000 /-.Kerajaan telah mengeluarkan tender yang bertarikh tutup 25 Oktober 1982.

Pada hari Rabu 18 Febuari 1981 pemborong telah memulakan kerja – kerja pembinaannya dan telah menyiapkan pada 30 Ogos 1982. Bangunan yang bernombor JKR. BP.1797 – Kontrak No. PEO /J/201/81 telah diserahkan pada Guru Besar pada 1 September 1982.
Oleh kerana banguna tiga tingkat telah pun siap, murid-murid darjah 1, 2 dan 3 daripada bangunan ‘B’ telah pun di pindahkan ke SK Bagan ‘A’ dan murid-murid darjah 4,5, dan 6 daripada bangunan ‘A’ telah dipindahkan ke Bangunan baru tingkat bawah pada 12 September 1982.

Pada 19 September 1982, pula murid-murid Darjah 1, 2, 3 ke tingkat bawah dan darjah 4, 5, dan 6 ke tingkat atas menggunakan kerusi meja lama. Seterusnya pada 2 Januari 1983 bangunan baru ini telah digunakan sepenuhnya.