Sekolah Kebangsaan Bukit Soga atau nama ringkasnya SK Bukit Soga, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km. 3, Jalan Kluang.

Sekolah Kebangsaan Bukit Soga memiliki 555 pelajar lelaki dan 363 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 918 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.

Sejarah

Memandangkan pelajaran amat perlu bagi insan yang hidup di muka bumi ini, maka penduduk di sekitar kawasan ini khasnya Kampung Parit Besar, Mukim V, Batu Pahat telah mengadakan permuafakatan yang diketuai oleh Ketua Kampung Tuan Haji Maskam b. Abd. Rashid untuk mendirikan sebuah sekolah untuk kepentingan anak-anak Kampung Parit Besar Batu 2, JaIan Kluang, Batu Pahat dan sekitarnya.

Dalam permuafakatan itu, beberapa cadangan telah dikemukakan, diantaranya mahukan supaya bangunan sekolah ini didirikan di Kampung Beroleh, diatas tapak tanah yang akan diserahkan kepada kerajaan.

Tetapi memandangkan pada masa itu, sebuah kem tentera berada di batu 2, Jalan Kluang, iaitu di hadapan Kampung Parit Besar, maka kebanyakkan penduduk berpendapat sangat elok kiranya tapak sekolah itu dibina  berhampiran dengan kem tersebut dan menghadap ke Istana Hinggap Sultan Johor.

Akhirnyn mereka sependapat sekolah akan didirikan di tempat tersebut iaitu bertentangan dengan kem tersebut dengan alasan di situ ada sekeping tanah kerajaan anugerah dari Sultan Johor dianggarkan mencukupi untuk didirikan sebuah bangunan sekolah. Dengan ini terbinalah sebuah sekolah di kawasan ini pada tahun 1921.