Sekolah Kebangsaan Gambut atau nama ringkasnya SK Gambut, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 7 1/4 Kampung Parit Simin.

Sekolah Kebangsaan Gambut memiliki 100 pelajar semuanya termasuk pelajar prasekolah. Ia mempunyai seramai 15 orang guru. Atas kecemerlangan yang dicapai dalam UPSR dan kesungguhan guru-gurunya Sek Keb Gambut telah diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan pada tahun 2015.

 

Sejarah sekolah

Nama asal SKSG ialah Sekolah Teluk Penyamun. Nama ini adalah bersempena dengan teluk yang terdapat pada Terusan Sungai Tengi.

Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sekolah ini telah ditadbir oleh Kerajaan Pusat. Nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Umum Headwork.

Pertukaran ini adalah berdasarkan kepada kedudukannya yang hampir dengan pintu kerja air yang sekarang lebih dikenali sebagai Ibu Ampangan Sungai Tengi. Lagipun nama Kampung Teluk Penyamun telah ditukar menjadi Kampung Seri Gambut atau Headwork. 

Pertukaran nama kampung ini adalah kerana terdapat sebuah lagi Kampung Teluk Penyamun yang terletak di Kawasan Kuala Selangor Selatan.

Pada tahun 1960, Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah, En. Mansor telah bermesyuarat di Kedai Ijom bersama-sama dengan AJKnya telah bersetuju untuk mengubah nama sekolah Umum Headwork kepada Sekolah Kebangsaan Seri Gambut.

Pada tahun yang sama juga, permohonan pertukaran nama sekolah telah dimajukan kepada Pejabat Pelajaran Negeri dan telah diluluskan dengan no.pendaftaran: 182.bil.6 dlm.PP.Sel.5328(M)/122.

Visi

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

Misi

Membangun potensi individu melalui pendidikan berterusan

 

Lagu Sekolah


Sekolah kami yang tercinta
Terkenal di segenap desa
Menuntut ilmu pelita hati
Itulah SKSG

Berdisiplin
Dan berusaha
Patuh rukunegara

Jadi rakyat
Yang sempurna
Maju ke puncak jaya