Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa atau nama ringkasnya SK Kampung Jawa, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Parit Jawa, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa telah ditubuhkan  pada tahun 1936 oleh masyarakat setempat yang diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Tarmidi bin Yusof.

Dua orang guru yang berkhidmat ialah Cikgu Talib bin Sarian sebagai Guru Besar dan dibantu oleh Cikgu Esa bin Othman.

Bangunan kayu beratap rumbia kekal digunakan  sehingga tahun1955 apabila bangunan kerajaan didirikan di kawasan yang sama tetapi masih berada di tapak milik persendirian hinggalah ke hari ini.

Kali pertama dibaiki dan dicat ialah pada tahun September 1964 dan  kali kedua pada Ogos 1982.

Selepas Perang Dunia Kedua,apabila ramai murid bersekolah di sini yang datangnya dari kampung-kampung berdekatan. Ramai murid dari Sekolah Melayu Parit Sulong dan Sekolah Melayu Sungai Nipah yang melanjutkan pelajaran Darjah Lima di sini. 

Namun begitu,bilangan murid sekolah ini mulai merosot. Sejak Penubuhan sekolah-sekolah baru seperti Sekolah Kebangsaan Seri Maimon di Parit Othman dan Sekolah Kebangsaan Seri Comel di Parit Yaacob. Ditambah pula, semakin ramai penduduk kampung yang mula berhijrah ke Rancangan FELDA. 

Sepanjang hampir 70 tahun,sekolah ini telah melahirkan ramai ahli cerdik pandai seperti doktor, jurutera, polis, ahli politik, pengurus dan lain-lain lagi.


VISI

Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa menjadi SK cemerlang dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum negeri Johor 2010

MISI

Berusaha memperkembangkan potensi kendiri pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum serta pembangunan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan