Sekolah Kebangsaan Parit Bilal atau nama ringkasnya SK Parit Bilal, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km. 4, Bukit Pasir.

Sekolah Kebangsaan Parit Bilal memiliki 517 pelajar lelaki dan 388 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 905 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.

Sejarah

SK Parit Bilal, Batu Pahat yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Parit Bilal, telah ditubuhkan pada tahun 1903.

Sekolah ini telah didirikan oleh penduduk Kampung Parit Bilal di atas tanah kepunyaan Allahyarham Tn. Hj. Abu Bakar di batu 3 1/2 Jalan Batu Pahat - Tongkang Pecah iaitu bersebelahan dengan Klinik Kampung parit Bilal yang ada sekarang.

Mengikut catatan sejarah sekolah ini, orang yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah ini ialah Tuan Bilal Ghani bin Ribut bersama-sama dengan Penghulu Rahmat bin Ragam.

Tuan Bilal Ghani bin Ribut ialah seorang bilal di Masjid Jamek Kampung Parit Bilal ketika itu manakala Penghulu Rahmat bin Ragam pula ialah  Penghulu kawasan ini pada masa itu.
 

MISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

VISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti