Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh atau nama ringkasnya SK Penghulu Salleh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di SK Penghulu Salleh, Kampung Mampan.

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh,Batu Pahat, adalah merupakan diantara beberapa buah sekolah terawal ditubuhkan di negeri ini.

Sekolah ini mula ditaja di Kampong Batu Putih dalam Mukim 4,Batu Pahat,dalam tahun 1910.

Sekolah ini telah dinamakan dengan nama Sekolah Melayu Batu Putih sempena nama kampung ini ketika itu.

Nama Batu Putih ialah berasal dari timbunan batu-batu putih yang merupai seperti sebuah bukit di kawasan tersebut.

Bangunan sekolah yang mula-mula dibina ini merupakan bangunan sementara yang di dirikan secara gotong royong oleh penduduk-penduduk kampung.Dalam tahun 1924.

14 tahun kemudiannya Kerajaan Johor telah bermurah hati membina sebuah bangunan kekal yang baru bagi menggantikan bangunan yang ada.

Bangunan ini telah di bina di atas tapak bangunan yang ada sekarang,terletak di Kampong Mampan iaitu kira-kira 1 km dari tapak bangunan lama.

Bangunan sekolah yang baru (JKR 201 ) terletak di atas sebidang tanah meliputi kawasan seluas 2 a 1r 34p.

Pada awalnya tanah ini (Lot No 4137 telah di beli daripada Tuan Haji Siraj bin Abd Karim dan Lot No 7715 untuk kawasan padang bola sekolah pula di hadiahkan oleh En Mohd Ali bin Abd Hamid,seorang dermawan di Kampung Mampan.

Bagi menampung keperluan murid-murid yang bertambah,dalam tahun 1934,kerajaan telah membesarkan dan menambah lagi satu blok bangunan seluas 70 X 24 kaki .

Kemudiannya dalam tahun 1939 pula pihak kerajaan telah membesarkan lagi bangunan ini dengan menambah seluas 40 X 24 kaki. Dalam tahun 1964 penduduk-penduduk kampong telah menaja sebuah sekolah khas untuk murid-murid perempuan yang berasingan.

Bangunan sekolah ini adalah bekas sebuah kilang minyak kelapa,yang di hadiahkan oleh En Daud bin Hj Yusof seorang penduduk kampung ini.

Bangunan ini telah dipinda dan di ubahsuai oleh penduduk-penduduk kampung untuk di jadikan sebuah bangunan sekolah bagi menempatkan murid-murid perempuan yang berasingan dan di namakan Sekolah Melayu Perempuan Mampan.

 

VISI  

"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"


MISI

"Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"


LAGU SEKOLAH

Membaca, menulis, mengira
Itulah cogankata
Sekolah Penghulu Salleh
Mendidik kita semua

Berusaha teruskan
Berusaha akhirnya
Kan berjaya
Rukun Negara panduan kita
Amalan setiap masa

Bersopan santun
Berbudi bersih, berdikari
Berkorban, bekerjasama
Menjadi panduan kita

Berbakti pada nusa bangsa
menjunjung cita mulia
Bersyukurlah kita pada Ilahi
Majulah sekolah kita