Sekolah Kebangsaan Peserai atau nama ringkasnya SK Peserai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 4, Jalan Peserai.

Sekolah Kebangsaan Peserai memiliki 498 pelajar lelaki dan 501 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 999 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.

 

Sejarah

Nama asal sekolah  ini  ialah Sekolah Melayu Lelaki Peserai.Ia mula dibina pada tahun 1909 diatas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Tn.  Hj.Abd.Wahid.

Jumlah pelajarnya pada masa itu seramai 36 orang.Pada  tahun  1920 bangunan baru beratap genting telah dibina untuk menggantikan bangunan lama. Pada tahun 1951 sebuah bangunan lagi telah dibina dan dinamakan Sekolah Perempuan Seri Kg Peserai digabungkan dibawah satu Pentadbiran, seorang guru besar dan dinamakan  SekKeb Peserai.

Pada tahun 1976  bangunan baru setinggi 3 tingkat dibina.  Ia terdiri daripada 12 buah bilik darjah, pejabat, kantin, tempat letak basikal dan padang. Pada 5 November 1980 bangunan baru  ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Seri Dato Hj Othman Saat iaitu Menteri Besar Johor ketika itu.

Pada  tahun 1983 bangunan telah ditambah,  mengandungi 4 buah bilik darjah dibina dengan secara bergotong-royong.

Memandangkan  pertambahan murid begitu pesat serta kekurangan bilik darjah maka pada tahun 1995 persekolahan  2 sesi telah diadakan iaitu  pagi (Tahun 1,4,5) dan petang (2 dan 3).Pada tahun 1998 bangunan  baru 3 tingkat dibina  dan mula digunakan  pada tahun 2000.

Mula,awal persekolahan tahun 2000 semua  murid bersekolah dalam satu sesi pagi. Pada  ketika itu jumlah murid telah bertambah seramai lebih 900.Pada ketika ini sekolah mempunyai 7 buah bangunan iaitu 5 buah bilik darjah, sebuah surau.

Bangunan bilik darjah telah dinamakan semperna nama bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tuanku Abd,Rahman Putra Alhaj,Tun Abdul Razak,Tun Hussien Onn dan Dr.Mahadir.