Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh atau nama ringkasnya SK Seri Beroleh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 3 Jalan Kluang.

Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh memiliki 463 pelajar lelaki dan 445 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 908 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.

Sejarah

1.      Nama Sekolah:  Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh.

2.       Nama asal: Sekolah Melayu Seri Beroleh.

            ii.         1958 – Sekolah Umum Seri Beroleh ( arahan kerajaan )
            iii.        1961 – Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh ( arah kerajaan )

3.      Didirikan pada 4 APRIL 1951

4.      Tanah tapak :  Asas tapak sekolah seluas satu ekar setengah telah diwakafkan oleh  
                                 Tuan Haji Ahmad Bin Haji Tahir.

5.      Bangunan;


i.     Bangunan pertama sekolah ini seluas 60 x 24 kaki persegi, berlantai simen, berdinding papan dan beratapkan daun nipah. Didirikan dengan perbelanjaan sebanyak RM2300.00 (wang daripada orang ramai).            Pada 4.4.1951 bangunan awal yang dibina secara bergotong-royong telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat En. Md Seth bin Md Said.

ii.    1954 bangunan telah ditambah 2 bilik darjah dengan kos RM 1400.00 melalui bantuan kerajaan.

iii.   1963 bangunan kekal yang mengandungi 3 bilik darjah dan sebuah kantin telah didirikan

iv.  Pada  22.4.1964 bangunan ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj Hassan Bin Hj Yunos, Menteri Besar Johor.

v.    Pada  tahun 1970 sebuah bangunan kekal 2 tingkat mengandugi 4 buah bilik darjah, pejabat Guru Besar, bilik guru, 4 bilik air dan stor telah dibina oleh kerajaan. Bangunan baru ini menggantikan bangunan lama yang dibina oleh penduduk kampong.

vi.    1980 -  satu lagi bangunan kekal dibina yang mengandungi 2 bilik darjah, 1 bilik perpustakaan dan 4 bilik air . Bangunan siap pada Julai 1981.

vii.   1992 - satu bangunan 2 tingkat dengan 6 bilik darjah dan sebuah makmal Kemahiran Hidup dibina.

viii.  1997 -  sekolah mendapat tambahan 2 buah bilik darjah .

ix.  Pada 2010 , 2 blok 4 tingkat dengan pelbagai bilik dibina. 2012 bangunan baru telah boleh digunakan.