Sekolah Kebangsaan Seri Bunut atau nama ringkasnya SK Seri Bunut, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pos Parit Raja.

Sekolah Kebangsaan Seri Bunut memiliki 39 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 99 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.

Sejarah

Pada awal tahun 1938 sebuah sekolah telah dibina di Kampung Talang Bunut yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Seri Bunut. Encik Abdullah Sani bin Ganti , kelahiran tempatan , yang dilahirkan pada tahun 1909 adalah orang yang bertanggung jawab bersungguh-sungguh menubuhkan sekolah ini.

Beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal di sekolah kecuali belajar hal-hal agama di kampung sahaja. beliau berumahtangga dengan Puan Mehsani bt.Bilal dan dikurniakan dua orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Beliau pernah di kurniakan bintang PIS oleh Baginda Sultan Johor sebagai mengenang jasanya di kampung. Beliau juga pernah menjawat jawatan Naib Ketua Kampung Talang Bunut.

Encik Abdullah Sani meninggal dunia pada tahun 1989 di Kampung Semangar, Kota Tinggi kerana sakit tua.

Menyorot kembali sejarah pembinaan Sekolah Kebangsaan Seri Bunut, sekolah ini dibina secara gotong royong oleh penduduk kampung di atas tanah rezab kerajaan di tepi sebatang sungai yang di kenali sebagai Sungai Semberong. Tempat tersebut dipilih kerana bersesuaian dengan keadaan ketika itu yang mana sungai adalah merupakan jalan perhubungan utama penduduk kampung. Pelajar-pelajar ke sekolah dengan menggunakan perahu ataupun sampan.

Oleh kerana kedudukannya yang berhampiran dengan sungai menyebabkan sekolah tersebut sering ditenggelami air limpahan sungai ketika musim hujan.

Para pelajar tidak dapat belajar dengan sempurna. Walaupun demikian penduduk kampung tetap berbangga kerana berjaya mendirikan sekolah tersebut yang hanya sekadar melindungi pelajar-pelajar dari hujan dan panas. Malangnya pada tahun 1940 sekolah itu terpaksa ditutup kerana Perang Dunia Kedua.

Sekolah Baharu


Pada 19 Mac 1950 sebuah sekolah yang baru telah berjaya dibina semula  secara bergotong royong oleh penduduk kampung. Fizikalnya berbumbung atap nipah , berdinding papan dan berlantaikan tanah. Kos pembinaan adalah hasil kutipan derma penduduk kampung.

Sekolah yang baru ini didirikan di sebidang tanah  lot 3560 Mukim 7(tapak sekarang).

Penyelia Pelajaran Daerah pada masa itu ialah Syed Isa Raja Inderagiri. Beliau telah menghantar dua orang guru iaitu Cikgu Raja Omar bin Raja Uda sebagai Guru Besar dan Cikgu Mohd.Nor bin Hussin.untuk mendidik anak-anak tempatan kampung Talang Bunut dan beberapa kampung yang berhampiran.

Pada tahun 1966 pula Sekolah Kebangsaan Seri Bunut telah dicantumkan dengan Sekolah Kebangsaan Seri Sawah yang terletak di Kampung Olak Batu kerana bilangan pelajarnya berkurangan.

Tahun 1975 sekolah ini mengadakan sambutan Jubli Perak. Sempena sambutan tersebut pihak Jabatan Plajaran telah mendirikan bangunan papan sebagai bangunan tambahan yang digunakan sebagai perpustakaan.

Pada 15 Julai 1987  sebuah bangunan baru tiga tingkat telah didirikan sebagai pengganti bagunan yang lama.

Akhirnya pada 1 Januari 1988 Sekolah Kebangsaan Seri Bunut  yang baru telah dapat digunakan dengan berbagai kemudahan dan kelengkapan yang sempurna.

Para pelajar dapat belajar dengan selesa dan para guru pula dapat mendidik pelajar-pelajar dengan penuh bersemangat dan didikasi hingga ke hari ini.