Sekolah Kebangsaan Seri Gading atau nama ringkasnya SK Seri Gading, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Sri Gading.

Sekolah Kebangsaan Seri Gading memiliki 346 pelajar lelaki dan 259 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 605 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.S

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Seri Gading terletak kira-kira 15 km dari bandar Pengggaram dan jarak 1 km dari pekan Seri Gading.

Sejarah awal sekolah ini bermula pada tahun 1924 di sebuah kedai di pekan Seri Gading yang disewa khas oleh penduduk kampung untuk dijadikan bilik darjah bagi menampung keperluan pendidikan kepada anak-anak tempatan yang jumlahnya ketika itu seramai 40 orang.

Seorang tenaga pengajar telah dilantik untuk mengendalikan kelas tersebut. Beliau ialah Encik Maston bin Haji Tahir.

Nadi utama yang menjadi penggerak ke arah penubuhan Sekolah Seri Gading ini ialah seorang anak watan yang berjiwa gigih yang mahukan anak-anak bangsanya maju mengikut arus perkembangan zaman ketika itu.

Beliau yang dimaksudkan ialah Encik Saat bin Lokman yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Sekolah tersebut.

Pada peringkat awalnya, segala urusan pentadbiran bagi mengendalikan sekolah tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh penduduk-penduduk kampung.

Urusan ini termasuk bayaran sewa kedai, gaji guru dan membeli keperluan alat-alat pengajaran dan pembelajaran.