Sekolah Kebangsaan Seri Jasa Sepakat atau nama ringkasnya SK Seri Jasa Sepakat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Batu Puteh, Simpang Lima.

Sekolah Kebangsaan Seri Jasa Sepakat memiliki 71 pelajar lelaki dan 58 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 129 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.


Visi

"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG"



Misi
"MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI"

 

Lagu Sekolah


Kami murid semuanya
Seri Jasa Sepakat
Kami akan mencuba
Belajar sampai jaya

Cita-cita kami semuanya
Bagai gunung yang tinggi
Kami semuakan berbakti
Dan saling menghormati

Perpaduan kita semua
Tak kira apa bangsa
Marilah kita bersama
Amalkan rukun negara

Kami murid semuanya
Akan membuat jasa
Untuk bangsa dan negara
Supaya maju dan jaya