Sekolah Kebangsaan Seri Maamor memiliki keseluruhan murid seramai 168 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.

Sejarah Sekolah

Dengan berbekalkan semangat untuk memberikan pelajaran serta keperluan asas kanak-kanak setempat, maka pada tahun 1948 penduduk-penduduk kampung Parit Lubok, Parit Guntung dan Parit Sangit di bawah pimpinan Ketua Kampung iaitu Allahyarham Tuan Haji Masri bin Haji Salleh telah berunding untuk mendirikan sebuah sekolah.

Seorang dermawan yang jasanya tidak akan dilupakan, tampil mewakafkan sebahagian dari kebunnya untuk dijadikan kawasan bangunan sekolah. Lot 3026 seluas 3 ekar.

Dermawan tersebut ialah Allahyarham Tuan Haji Abdul shukur bin Haji Johari. Bahan-bahan pembinaannya pula telah disumbangkan oleh seorang lagi dermawan yang besar jasanya iaitu Allahyarham Encik Hashim bin Haji Noh yang mendermakan pokok-pokok kayu dari kebunnya untuk dibuat tiang, lantai serta dinding bangunan sekolah.

Sekolah Melayu Seri Maamor siap untuk digunakan pada 15.11.1948 bagi menampung kanak-kanak dari sekitar kampung Parit Guntung, Parit Lapis, Parit lubok, Parit Sangit, Parit Gantong, Parit Bisu dan Parit Kuda. Bangunan sekolah tiang kayu bulat dan beratapkan rumbia ini hanya seluas 80 kaki x 24 kaki.

Seri Maamor adalah nama yang diilhamkan oleh Allahyarhan Dato’ Syed Esa bin Syed Alwi. Nazir Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat ketika itu. Nama itu adalah sempena kemakmuran kawasan ini sedangkan di tempat-tempat lain sedang menghadapi zaman darurat oleh kebimbangan serangan komunis.

 

Visi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seri Maamor Cemerlang 2010 di Daerah Batu Pahat.

Misi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seri Maamor, Batu Pahat berusaha mengembangkan potensi pelajar dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, dan tinggi nilai akhlaknya.

 

Senarai Guru dan Kakitangan

Guru

1. Tn Hj Hashim Bin Ahmad
2. Pn Noriha Binti Hj Ayub
3. Pn Norlaila Binti Daud
4. En Mohd Ispani Bin Hj. Mohd Adnan
5. Pn Faridah Binti Ngadim
6. En Bahrim Bin Salim
7. En Husin Bin Musanib
8. Pn Ruslina Binti Sailan
9. Pn Hjh Noh Hasni Binti Embong
10. Pn Faizah Binti Ismail
11. En Zainordin Bin Hj Rais
12. Tn Hj Mohd Ilham Bin Nasri
13. Pn Dzarifah Binti Harun
14. En Muda Bin Mohamad
15.En Mohd Zulkifli Bin Yasim
16. Cik Sharifah Widyawati Binti Syed Ibrahim
17. Pn Norhalida Binti Ismail
18. Pn Ruzana Binti Anuar


Kakitangan

1. Pn Liza Binti Marjuki
2. Pn Razimah Binti Paiman
3. En Mustafa Bin Basar
4. En Bahrom Bin Rais
5. En Maarof Bin Saani
6. En Md Sidek Bin Kamari