Sekolah Kebangsaan Setia Jaya atau nama ringkasnya SK Setia Jaya, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 3, Pejabat Pos Parit Raja.

Sekolah Kebangsaan Setia Jaya memiliki 83 pelajar lelaki dan 81 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 164 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.

Sejarah

Pada 9 Jun 1959 sebuah bangunan sekolah yang diperbuat darpada papan dari papan dan zink ditepi jalan masuk kampung Pt.Haji Ali, Parit Raja. Bangunan sekolah ini mula digunakan pada 4 Februari 1961.

Sekolah ini telah dinamakan dengan nama Sekolah Kebangsaan Parit Haji Ali   Pada tarikh yang sama, satu perjumpaan di antara penduduk kampung telah diadakan dengan Pengelola Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat telah diadakan.

Nama sekolah ini kemudiannya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Setia Jaya.

Bangunan sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Tn.Hj.Mahfod bin Hj.Salleh. Sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YAB Menteri Besar Johor ketika itu iaitu Allahyarham Dato’ Haji  Hassan bin Yunos pada 3 Jun 1961.

Mengikut sejarah awal pembukaannya seramai 33 orang murid dan 2 orang guru sahaja menggunakan bangunan ini. Dan sehingga kini jumlahnya mencapai seramai 155 orang pada satu-satu masa.

Oleh kerana bangunan asal yang dibina tidak mengikuti ciri-ciri binaan awam dan bertambah usang, maka pihak Jabatan Pelajaran Johor pada ketika itu telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan kekel dua tingkat pada 7 Jun 1980.

Bangunan yang baru ini mengandungi ruang pembelajaran yang kemas dan tersusun serta lebih selesa.Ianya telah mula digunakan pada 25 Januari 1983.

Bagi keselamatan murid-murid, bangunan lama yang telah usang itu dirobohkan dan bekas tapaknya telah diratakan dan dijadikan padang permainan.