Sekolah Kebangsaan Sri Comel atau nama ringkasnya SK Sri Comel, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pt. Abd. Rahman, Pos Spg Kiri.

 

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Seri Comel telah ditubuhkan pada tahun 1954 atas daya usaha penduduk Kampung Parit Abd Rahman yang pada ketika itu dipengerusikan oleh Encik Mohd Nor bin Abu Bakar.

Bangunan asal sekolah telah didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk-penduduk kampung di atas tanah seluas 20 x 80 kaki persegi.

Pada 2 Januari 1955, Sekolah Kebangsaan Seri Comel telah dirasmikan oleh Taun Syed Isa bin Syed Alwee (Nazir Sekolah-Sekolah Melayu Batu Pahat.Sekolah ini dinamakan SK Seri Comel kerana bangunan asal yang dibina pada ketika itu kecil dan comel.

Pada Tahun 1958, sebuah bangunan tambahan telah didirikan dengan keluasan 60 kaki persegi. Seterusnya pada tahun 1969, sebuah bangunan (Blok A) yang mengandungi 4 bilik darjah telah dibina di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Rancangan Malaysia Pertama yang bernilai RM20,000.

Pada tahun 1972, sebuah blok bangunan 2 tingkat telah dibina yang mengandungi 6 bilik darjah berserta dengan sebuah kantin yang bernilai RM103,000

SK Seri Comel terus berkembang apaibila pada tahun 2004, sebuah Makmal Komputer telah dibina bersebelahan dengan Bangunan Blok B.

Pada tahun 2009, pembinaan bangunan gantian 4 tingkat telah dimulakan di bawah RMK ke-9 bersekali dengan bangunan pra sekolah 2. Projek ini siap sepenuhnya pada tahun 2012.

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara