Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram atau nama ringkasnya SK Temenggong Ibrahim Penggaram, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Penggaram 32 Jalan Limpoon di daerah Batu Pahat, Johor.

Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim memiliki 448 pelajar lelaki dan 182 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 630 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.

Sejarah

Sebelum tahun 1988 nama Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram ini dahulunya dinamakan Sekolah Kebangsaan Limpoon. Kemudian Sekolah Kebangsaan Limpoon terletak di sebelah SMK Dato' Bentara Luar.

Sebelum nama Sekolah Kebangsaan Temenggung Ibrahim Penggaram ini dahuluinya dinamakan Sekolah Kebangsaan Penggaram fakta nama Sekolah Kebangsaan Limpoon adalah salah.

Sekolah Kebangsaan Penggaram atau dikenali dengan nama SKP adalah sekolah rendah tertua di Batu Pahat. Ianya ditubuhkan pada tahun 1936. Bangunan asal sekolah masih kukuh lagi sehingga sekarang.