Sekolah Kebangsaan Ulu Penggeli atau nama ringkasnya SK Ulu Penggeli, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kasawari, Felda Ulu Penggeli.

Sekolah Kebangsaan Ulu Penggeli memiliki 82 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 157 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.

SEJARAH

Sekolah kebangsaan LKTP Ulu Penggeli telah ditubuhkan pada 01.01.1987. Pada awal penubuhannya pembelajaran dan pengajaran dijalankan dibangunan Pejabat Felda Ulu Penggeli kerana bangunan sekolah yang ada pada hari ini belum siap dibina.

Jumlah murid pada hari pertama persekolahan ialah seramai 98 orang. Tenaga pengajar seramai 4 orang dibawah pengurusan pentadbiran guru besar SK Lelaki Bandar Kluang iaitu En. Sulaiman B. Abd Jalil.

PIBG sekolah ditubuhkan pada April1987.Mesyuarat penubuhannya telah dirasmikan oleh En. Ali bin Ahmad ( PPDR ) Kluang . En Mohd Salleh Bin Ahmad ( peneroka ) telah dipelih sebagi yang dipertua PIBG dan Cikgu Sulaiman Bin Abu Bakar sebagai setiausaha yang pertama.

Pada 03.01.1998 guru-guru dan murid telah berpindah ke bangunan yang diduduki sekarang. Tamatlah kesulitan dalam menjalankan P&P kerana ketiadaan air dan Elektrik. Semua kelengkapan yang masih perlu di perlengkapkan.

VISI

Kami beriltizam mempertingkat martabat bangsa Malaysia melalui kecemerlangan ilmu berasaskan teknologi terkini dan berakhlak murni untuk menyediakan asas yang kukuh kepada generasi yang berdaya saing di peringkat globalisasi berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI

Memberikan pendidikan yang 'kamil' kepada setiap murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan kesenian.

Menyemarakkan sikap optimis kepada setiap pelajar bahawa mereka berupaya untuk mempertingkat kualiti pembelajaran sepanjang masa.

Memperbaiki dan mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran.

Mempertingkat kegemilangan pencapaian pendidikan setiap pelajar.

Membina dan mewujudkan peluang untuk memperkembang potensi setiap pelajar.