SMK Taman Seri Saujana telah di calonkan untuk Sekolah Lestari. Usaha sedang giat dilakukan bagi hasrat ini tercapai.

Lebih 30 taman telah di bina iaitu taman Edible Garden, Taman Inggeris, Taman Tropika Melayu, Taman Saujana Mata Memandang, Taman Kaktus, Taman Tropika, Taman Bali, Taman Abadi Tropika, Taman Seri Indah, Green Golf dan banyak lagi.

Sejarah

SMK Taman Seri Saujana terletak di satu kawasan taman perumahan, iaitu Taman Seri Saujana. Taman ini terletak di antara Ulu Tiram dan Bandar Kota Tinggi.

Berasal dari kebun kelapa sawit,taman ini telah dimajukan kawasan perumahan yang menarik. Dengan kawasan berbukit-bukau, lanskap yang menghijau dan bertasik, taman ini dipenuhi oleh penduduk dari pelbagai kaum.

Pembinaan SMKTSS memakan masa hampir 2 tahun dan beroperasi sepenuhnya mulai Januari 2004.

SMK Taman Seri Saujana adalah merupakan salah satu sekolah yang telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkonsepkan ‘Design and Built’ melalui pihak Project Management Consultant (PMC).

Rasional disebalik penubuhan sekolah ini adalah bagi menampung keperluan murid-murid yang mendiami Taman Seri Saujana dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Sungai Telor, Ladang Tai Tak dan Ladang Harimau.

Pada peringkat permulaan, jumlah murid adalah dijangka sedikit, tetapi apabila semua fasa berkenaan taman ini telah selesai bilangan muridnya terus bertambah. Terdapat sebuah sekolah kebangsaan yang berjiran dengan sekolah ini iaitu SK Taman Seri Saujana.


VISI

Menjadikan SMK Taman Seri Saujana Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti