Sekolah Kebangsaan Bandar 114 atau nama ringkasnya SK Bandar 114, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jln Omar.

Sekolah Kebangsaan Bandar 114 memiliki 343 pelajar lelaki dan 316 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 659 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.

Sejarah

Sekolah Pada tahun 1899 sebuah sekolah telah dibina di Kampong Makam yang terletak kira-kira 1.5 km dari Bandar Kota Tinggi.

Pengasasnya ialah Encik Awang Perancis. Memandangkan perkembangan penduduk yang begitu pesat ia telah dipindahkan ke Jalan Idris pada tahun 1900. Sekolah tersebut dinamakan Sekolah Melayu Kota Tinggi.

Dari sinilah bermulanya perkembangan sekolah ini. Pada tahun 1926 kerajaan telah membina sebuah sekolah di Jalan Omar bagi menampung murid-murid lelaki dan perempuan.

Pada tahun 1939 sebuah sekolah telah dibina khas untuk murid perempuan. Pada tahun kedua sekolah tersebut telah dicantumkan di bawah pentadbiran Allahyarham Encik Mohd Zain bin Hamzah dan sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar Kota Tinggi.