Selaras dengan anjakan ke-9, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025, sesungguhnya kolaborasi dalam semua aspek amat diperlukan daripada semua warga sekolah ini bagi mencapai kecemerlangan sekolah.

Kerjasama yang erat bagai aur dengan tebing diharap dapat membawa perubahan bersepadu dalam mengangkat martabat sekolah sekali gus mengangkat martabat pendidikan di Malaysia.

Sejarah

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 di atas sebidang tanah seluas 25 ekar. Ianya terdiri daripada tiga blok, bangunan tiga tingkat, sebuah kantin dan bengkel.

Pada peringkat awalnya sekolah ini adalah cawangan daripada Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Kulai kira-kira empat kilometer dari sekolah ini. Ketika ini pengetua sekolah ialah En. Chandrasegaran.

Pada 1hb. Januari 1988, sekolah ini di tadbirkan sendiri. Pengetua yang pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Musa B. Haron, mulai 1hb. Januari 1988 hingga 15hb. April 1992. Sekolah ini mula mengambil pelajar pada 3hb.

Januari 1988 yang terdiri daripada 16 guru dan 365 murid yang menduduki tingkatan peralihan dan satu di sidang pagi sahaja. Memandangkan kekurangan bilik darjah, pada tahun 1990, sekolah ini memulakan sidang petang.

Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran yang pertama kalinya diadakan pada tahun 1990.

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara