Sekolah Kebangsaan Kulai atau nama ringkasnya SK Kulai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 2467 Kampung Melayu.

Sekolah Kebangsaan Kulai memiliki 463 pelajar lelaki dan 505 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 968 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.

 

Sejarah

Tahun 50-an keadaan negara kita diancam oleh keganasan komunis. Ketika itu orang-orang yang tinggal di luar kawasan pekan-pekan kecil dikelompokkan di kawasan-kawasan penempatan baru disekitar pekan Kulai.

Pada masa itu juga kawasan Kulai telah diisytiharkan sebagai kawasan 'Hitam'. Oleh itu tindakan serupa dikenakan kepada penduduk kawasan ini.

Penempatan baru untuk kaum Cina dan kaum Melayu telah didirikan di pinggir pekan ini. Penempatan untuk orang-orang Melayu ini telah dikenali sebagai Kampung Melayu, Kulai.

Sebagai sebuah penempatan baru, kemudahan asas seperti sekolah untuk anak-anak belajar amat diperlukan, Dengan semangat 'muafakat membawa berkat' penduduk-penduduk Kampung Melayu telah mendirikan sebuah sekolah kecil dalam tahun 1952.

Gerakan pembinaaan sekolah ini telah diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul bin Ba'du iaitu penghulu Kulai ketika itu. Allahyarham Tuan Haji Abdul bin Ba`du dilahirkan pada 1899 dan menjadi penghulu Kulai sehingga tahun 1965.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1970 selepas 5 tahun bersara dari jawatan penghulu Kulai. Sesungguhnya usaha Allahyarham mengorak langkah dalam usaha membina sekolah ini amat disanjung tinggi.

 

Sejarah Perkembangan

1952 - Sekolah ini diwujudkan dengan hasil usaha dan kerjasama penduduk dalam zaman 'darurat'

1954 - Bangunan asal berdinding papan sekerat telah didindingkan sepenuhnya atas bantuan kerajaan.

1963 - Sebuah bilik darjah dibina

1972 -Sebuah bangunan tambah dua tingkat yang dilengkapkan dengan enam bilik darjah, pejabat, bilik guru, dan tandas dibina.

1988 - Empat buah bilik darjah dibina melalui program gotong royong.

1991 - Empat buah bilik darjah dan sebuah bilik pra sekolah dibina melalui program gotong royong kali kedua.

1994 - Bangunan lama 1952-1953 telah dirobohkan dan dibina bangunan tiga tingkat yang mengandungi lapan bilik darjah, sebuah bengkel kemahiran hidup dan juga bilik tandas guru dan murid.

1995 - Dua buah bilik darjah diubah suai oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk dijadikan kelas Pendidikan Khas

1999 - Sebuah bilik darjah, makmal sains, dua kelas pendidikan khas dan pra sekolah dirobohkan untuk dibina sebuah bangunan empat tingkat.

2000 - Bangunan empat tingkat mengandungi empat buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik komputer, bilik guru, bilik SPBT dan sebuah bilik mesyuarat siap dibina.

 

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
 
MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI  NEGARA