Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir (SMKBP) terletak di atas suatu kawasan seluas 23 ekar di pinggir pekan Bukit Pasir. Bukit Pasir terletak kira-kira 15 km di barat Bandar Maharani, Muar.

SMKBP terletak di bawah pentadbiran PPD Muar. Warga SMKBP terdiri daripada 55 orang guru, 13 kakitangan bukan guru dan 1043 orang pelajar.

 

Sejarah

1981
Kerja meratakan tapak dan pembinaan bangunan.

1985
Bangunan siap tetapi belum boleh digunakan. Pengambilan pertama tingkatan 1 seramai 223 pelajar menumpang di SRK Sri Bukit Pasir. Seramai 13 orang guru dan 3 orang kakitangan mula bertugas.

1986
Pelajar menumpang pula di SM Tun Perak. Bilangan pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 seramai 470 orang. Bilangan guru 20 orang dan kakitangan 3 orang.

28/6/87
Warga SMK Bukit Pasir berpindah ke bangunan baru. Pada tahun ini kumpulan pertama pelajar mengambil peperiksaan SRP.

9/6/90
SMK Bukit Bukit Pasir dirasmikan pembukaannya oleh YAB EN Abd Ghafar bin Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis Perasmian ini juga telah dihadiri oleh Menteri Besar Johor Tan Sri Muhyidin bin Yasin.

FALSAFAH

Mempunyai keupayaan, kemahiran, kecekapan, pengetahuan serta kebolehan ikhtisas dalam memberikan pendidikan sempurna lagi bermutu untuk memajukan pendidikan di sekolah.

Berkeupayaan menyediakan tenaga pengajar serta sedia memikul tanggungjawab melahirkan manusia yang sedia memberikan sumbangan positif kepada agama, bangsa dan negara.

Memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan serta potensi yang berbeza-beza, menambah pengalaman bagi memenuhi pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani untuk berkembang maju dari segi intelek.