Sebuah sekolah yang terletak di Seri Kembangan, SMK Seri Kembangan telah dibina pada tahun 1965. Sehingga kini, sekolah ini telah 48 tahun menjana generasi gemilang!

Di bawah kepimpinan Puan Pengetua, Puan Hjh Noor Hashimah bt Hj Hassan, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mencapai kemajuan yang amat mengkagumkan.

Konsep guru penyayang yang dilaksanakan dapat memupuk perasaan cinta, kasih dan sayang antara guru dan pelajar. Dengan itu, pelajar akan lebih komited dalam akademik dan kokurikulum.

angunan akademik, Makmal Sains, Makmal Kemahiran Hidup dan surau, sekolah ini mempunyai trek balapan yang sesuai untuk acara-acara sukan dan seringkali digunakan untuk acara sukan peringkat daerah dan negeri.


SUKSES menerima penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 7 dengan kebitaraan Bahasa Melayu dalam bidang akademik dan Inovasi dan Rekacipta dalam bidang bukan akademik pada 5 April 2013.

Penganugerahan ini telah diterima oleh En Jamil Sajuri, Pengetua SMK Seri Kenangan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Putrajaya.