Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan Telah Didirikan Pada Tahun 1965 Dan Mula Dibuka Pada 9hb Januari 1966. Pada Ketika Ini Tenaga Pengajarnya Terdiri Daripada 7 Orang Termasuk Seorang Guru Besar.
 
Guru Besar Pertama ialah Encik Suhaimi Bin Othman. Matlamat Penubuhan Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan ialah Untuk Memberi Pendidikan Dan Pembelajaran Rendah Dengan Percuma Kepada Anak-Anak Peneroka Felda Teloi Kanan Dan Kanak-Kanak Yang Kampung Berhampiran Dengan Felda Teloi Kanan. Felda Teloi Kanan Telah Dapat Menempatkan Seramai 260 Orang Peneroka Felda.
 
Keluasan Kawasan Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan ialah 6.3 Ekar. Pada Peringkat Awalnya Sebuah Bangunan Satu Tingkat Telah Didirikan Dengan 6 Bilik Darjah, Sebuah Pejabat, Kantin, Tandas Dan 5 Buah Rumah Guru.
 
Pada Tahun 1972 Didirikan Pula Sebuah Bangunan Batu Dua Tingkat Terdiri Dari 6 Buah Bilik Darjah Dan Sebuah Pejabat Serta Bilik Guru. Pada Tahun 1987, Satu Lagi Bangunan 1 Tingkat Telah Didirikan.
 
Bangunan Ini Mempunyai 3 Buah Bilik, Akibat Pertambahan Penduduk Yang Mendadak, Sebuah Lagi Bangunan Telah Didirikan Pada Tahun 1995 iaitu 3 Buah Bilik Darjah.
 
Di dalam Arus Teknologi Masa Kini, Banyak Bilik Diperlukan Untuk Menempatkan Peralatan Yang Dibekalkan Oleh Kementerian Pendidikan. Justeru Itu Sebuah Lagi Bangunan 4 Tingkat Sedang Dibina.
 
Pada Masa Kini Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan Mempunyai 5 Buah Bangunan (Termasuk Yang Sedang Dibina), Sebuah Surau Sumbangan Daripada Pihak Persatuan IbuBapa Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan, Dan 7 Buah Rumah Guru. Sekolah Juga Dilengkapi Dengan Kemudahan Elektrik Dan Air.