Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian atau nama ringkasnya SMK Kubang Kerian, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Perempuan Zainab Ii.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian memiliki 1151 pelajar lelaki dan 1140 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2291 orang. Ia mempunyai seramai 163 orang guru.

 

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian ditubuhkan pada 10 Januari 1965 dengan jumlah pelajar 156 orang iaitu seramai 94 pelajar lelaki dan 62 pelajar perempuan.

Pada peringkat awal SMK Kubang Kerian 1 menumpang di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian kerana ketiadaan bangunan sendiri dan beroperasi sebelah petang.

Tuan Hj Salleh Mohd Akib telah dilantik sebagai pengetua. Pada peringkat awal sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Kubang Kerian. Bagaimanapun nama ini telah diubah kepada Sekolah Menengah Kubang Kerian apabila tingkatan 4 mula dibuka pada tahun 1968.

Pada tahun 1990, nama ini telah diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian apabila sebuah lagi sekolah menengah dibuka di Pekan Kubang Kerian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 2.

 

MISI

SMKKK Sebuah Institusi Pendidikan Terbilang

VISI

Memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar melalui sistem pengurusan sekolah yang berkualiti bagi melahirkan warganegara berilmu dan berakhlak terpuji.


FALSAFAH

Setiap pelajar berpotensi berkembang maju dan mencapai tahap kegemilangan berteraskan konsep kesepaduan ilmu, iman dan amal untuk menjadi insan yang holistik yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Usaha ke arah ini melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan tinggi, berakhlak mulia, gigih, kreatif, inovatif, responsif dan mempunyai tanggungjawab untuk kejayaan dan kemakmuran agama, bangsa dan Negara.