Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun atau nama ringkasnya SMK Raja Permaisuri Bainun, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Intan, Kampung Dato' Ahmad Said.

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Permaisuri Bainun berjaya melatih 15,000 pelajarnya dalam bidang akademik dan kokurikulum di sekolah berkenaan sejak ia ditubuhkan 32 tahun lalu.

Kebanyakan mereka kini menjadi pemimpin negara, tokoh korporat, pegawai tinggi kerajaan dan swasta.

Pengetuanya, Noraini Saad, berkata sekolah itu yang pada mulanya dikenal sebagai   Sekolah Menengah Manjoi, dibuka pada 10 September 1984. 

Sekolah ini diasaskan Pengarah Jabatan Pendidikan Perak ketika itu, Datuk Mohd Ghazali Hanafiah dengan pengetua pertamanya, Kamarzaman Mat Tuah yang berhidmat pada1984 hingga 1992.

“Bangunan sekolah ini merupakan bekas Bangunan Maktab Perguruan Ipoh Baru dan ia dijadikan Sekolah Rancangan Khas Berasrama Penuh kelolaan Jabatan Pendidikan Perak (JPP). 

“Tujuan penubuhan ini adalah untuk memberi pendidikan sempurna kepada anak luar bandar berpendapatan rendah yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi tidak terpilih ke  sekolah berasrama penuh,” katanya.

Sekolah berkenaan kini turut ditadbir Penolong Kanan Pentadbiran, Zulkafli Mohamed Mokhtar, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Wan Shaiful Akmar Mohamad Idris dan Penolong Kanan Kokurikulum, Noorain Yusuff mempunyai 63 guru, 191 pelajar lelaki dan 293 (perempuan).