Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 atau nama ringkasnya SMK Seksyen 7, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Platinum 7/37.

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 telah mula beroperasi pada tanggal 1 haribulan November 2002 bersempena dengan lokasinya yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Ianya merupakan sebuah sekolah yang masih baru didirikan dan bertapak di Jalan Platinum 7/37,Shah Alam dan telah memulakan sesi persekolahannya pada 6 Januari 2003.

Pada peringkat awal penubuhannya hanya seramai 23 orang guru yang bertugas.

Disamping itu diawal penubuhannya sekolah ini telah malahirkan pelajar cemerlang di peringkat SPM iaitu KAAMESH KAMALAHARAN A/L GANESAN dengan pencapaian 10A1 1A2 1C6.

Kini, genaplah sudah 14 tahun sekolah ini berdiri megah.

Dengan lahirnya para pelajar yang komitmen dengan tugas dan bertanggungjawab, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 akan terus maju dan berdaya saing setanding dengan sekolah harapan negara yang  lain ke arah kecemerlangan dan mencapai matlamat negara ke arah wawasan 2020. Majulah SMK Seksyen 7 !!

Visi

Melahirkan Pelajar Cemerlang Berteraskan Ilmu Pengetahuan Dan Akhlak Mulia Melalui Amalan Dan Iman Yang Kukuh.