Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang atau nama ringkasnya SMK Seri Berang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Perumahan Kakitangan Kerajaan, Kuala Berang, Terengganu.

Sejarah

SMK Seri Berang mula dibina pada tahun 1995 di atas sebidang tanah berpaya.

Pada 1hb Mac 2000, YM Che Ku Razak Bin Che Ku Mohd telah dilantik sebagai Pengetua pertama di sekolah ini, PK Pentadbiran adalah Puan Meriam binti Jusoh dan PK HEM, Tn Hj Kasman bin Embong.

Manakala guru-guru pula seramai 29 orang dari SMK Tengku Ampuan Intan diserap sebagai tenaga pengajar SMK Seri Berang.

Pelajar sulung SMK Seri Berang di serap dari SMK Tengku Ampuan Intan secara ‘literal’ bermula bulan Jun 2000.

Pelajar tingkatan 1, empat kelas dari SMK Tengku Ampuan Intan, tingkatan 2, empat kelas dan tingkatan 3 ,enam kelas dari kelas Mulia Bestari (SMK TengkuAmpuan Intan).

Bangunan SMK Seri Berang mula diserah kepada pihak pengurusan sekolah pada Disember 2000 daripada JKR.

Akhirnya SMK Seri Berang mula beroperasi pada 1 Januari 2001 dengan kapasiti pelajar seramai 450 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 manakala gurunya pula seramai 35 orang.

 

Misi

Menyediakan wadah pendidikan yang berkualiti untuk membina insan yang cemerlang dari segi ilmu, sahsiah dan kepimpinan dalam memenuhi aspirasi negara

Visi

SMK Seri Berang menjadi sekolah harian terbilang di Negeri Terengganu menjelang 2016