Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam atau nama ringkasnya SMK Seri Nilam, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kubang Tangga, Kuala Terengganu.

Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 1140 orang. Ia mempunyai seramai 125 orang guru.

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTO

BERILMU, BERIMAN, BERBAKTI

SLOGAN

Sederap Menuju Kecemerlangan

LENCANA SEKOLAH

Lencana SMKSN menggunakan tiga gabungan warna iaitu merah, biru dan kuning yang merupakan warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia