Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman atau nama ringkasnya SMK Sultan Sulaiman, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Malaysia.

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

 

Sejarah

1920 lahirlah sebuah institusi yang berjaya dalam bidang pendidikan di negeri Terengganu dan seterusnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Sulaiman. Encik Abdullah bin Taib adalah tokoh pertama yang dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan kelas dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.

Memenuhi amanah yang terpaksa dipikul, beliau telah berjaya memulakan kelas dari jam 1.00 hingga 4.00 petang secara menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga. (Menurut rekod rasmi, SS mula pada 1925 - lihat [1])

Setelah lima tahun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tibalah masanya tempat beliau diganti oleh Encik G.M. Noiri dan diiktiraf sebagai Guru Besar pertama. Ketika itu, bilangan pelajar hanya seramai 35 orang dan guru pula dua orang, sementara kelas yang paling tinggi hanya darjah tiga.

Bilangan pelajar yang terus meningkat sehingga seramai 100 orang memaksa tempat belajar dipindahkan ke sebuah bangunan berhampiran Istana Maziah. Justeru, ia dikenali sebagai Government English School. Darjah tertinggi meningkat kepada darjah 4.

 

Matlamat Sekolah

Tahun demi tahun bilangan pelajar terus meningkat dan keperluan pendidikan semakin berkembang. Justeru, bilik darjah baru perlu ditambah selaras dengan terbinanya bangunan-bangunan baru. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman(SMKSS), 14 buah blok bangunan dikenali sebagai Blok Primier dan Blok bestari serta Asrama Putera dan Asrama Puteri.

Kini, setelah 87 tahun, SMKSS terus maju dan berkembang sehingga dinobatkan sebagai salah sebuah sekolah terbaik dan berprestij di Terengganu. SMKSS juga diiktiraf sebagai Sekolah Primier dan beberapa kali menjadi Sekolah Harapan Negeri Terengganu.

Pada tahun ini,SMKSS juga terpilih sebagai salah sebuah '''Sekolah Kluster''' di Malaysia. SMKSS juga telah melahirkan ramai tokoh terkenal yang berjaya membentuk dan mencorak masyarakat yang membanggakan.

Pelajar-pelajar yang menjejak langkah ke SMKSS hadir dengan pandangan dan perspektif masing-masing, corak pemikiran dan gaya kehidupan yang berbeza.Walaupun begitu semua warga SMKSS berjaya disatukan dengan satu slogan Usaha,Tekun dan Jaya yang kemudiannya ditukar kepada Pelajar Cemerlang, SS Gemilang pada tahun 2002.

Andainya mereka yang berjuang demi matlamat ini sejak 1920 dapat melihat kedudukan serta pencapaian SMKSS hari ini, sudah tentu mereka akan kagum dan berbangga dengan kecemerlangan SMKSS.