Rezeki anak ini dapat minum air yang diberikan seorang guru kepadanya.

Dengan wajah gembira, ini katanya…

"Cikgu, best minum air ini. Terima kasih cikgu.”

Guru Bahasa Melayu dan Sejarah, Sekolah Kebangsaan Batu Luking, Kanowit, Sarawak, Asraf Selajudin mula sebak.

“Bila kali terakhir awak minum air ini?

“Entahlah cikgu, dah lama dah. Tak ingat,” balasnya.

Kepada GPS Bestari, Cikgu Asraf berkongsi kisah sedih salah seorang anak muridnya.

Ini catatan beliau.

**********

Selepas tamat sesi pengajaran, aku memanggil seorang demi seorang untuk mengambil air minuman yang aku bawa.

Bila tiba giliran murid ini, dia berkata…

"Cikgu, best minum air ini. Terima kasih cikgu".

Aku membalas

"Air ini sebenarnya kawan cikgu belanja. Cikgu menyampaikan sahaja.”

"Baiknya kawan cikgu,”  katanya dengan wajah yang riang.

Aku sempat bertanya

“Bila kali terakhir awak minum air ini?"

“Sudah lama sangat. Tak ingat,” itulah jawapan yang diberikannya.

Bila aku dengar ayat ini, rasa sebak sangat.

Kemudian dia menambah…

“Cikgu, ucap terima kasih tau kepada kawan cikgu. Biar kawan cikgu jadi orang kaya sangat sebab dia baik.”

Itulah ungkapan yang keluar dari mulutnya. Anak kecil ini mendoakan agar si pemberi minuman ini dimurahkan rezeki.

Itulah sifat kanak-kanak di sini.

Walaupun minuman ini tidaklah mewah mana pun, tetapi mereka sangat menghargai.

Setiap pemberian yang dihulurkan, mereka tadahkan tangan dengan penuh kesyukuran.

Sumber: Facebook Cikgu Asraf

Artikel menarik

'Kenapa tak beritahu cikgu? Kan dah pesan...tak de duit cakap, cikgu boleh bagi' - Warganet sebak

Bekas pelajar gigih cari guru ini hanya kerana mahu ucapkan terima kasih - Cikgu Farazi sebak

Cikgu ternganga tengok lukisan pelajar Tingkatan Empat. Siap terkejut dan hampir pengsan!

Enam amalan terbaik guru-guru terdahulu yang mungkin boleh dijadikan contoh untuk pendidik masa kini