Sebak. Itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut penulis apabila membaca kisah ini.

Kisah seorang guru bersama seorang pelajarnya yang kini sudah meninggal dunia, cukup memberi kesan di hati.

Bukan hanya penulis, tetapi warganet juga turut merasai kesedihan yang sama.

Buat arwah Rozanna, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Ikuti perkongsian seorang guru yang dikenali sebagai Lee di akaun peribadi facebooknya, baru-baru ini.

**********

Cikgu...Selamat hari lahir cikgu. Ini hadiah daripada saya. Cuma ini saja cikgu!"

"Wah…apa ni? Susah-susah saja awak ni..! Terima kasih banyak-banyak ya.

"Sama-sama cikgu..."

Panjang lagi dialog tu. Cukuplah. Rozanna...budak cukup manis. Pandai mengambil hati dan mudah tersenyum. Siapapun pasti terpikat dengan perawakannya.

Peristiwa itu sudah beberapa tahun berlalu. Kala itu dia di Tingkatan Lima. Dia berikan aku hadiah sebatang ballpen pilot 1.0 warna merah. Harga cuma RM5 - RM5.90 aku rasa begitu.

Aku cuma mengajar semasa dia di Tingkatan Tiga. Tingkatan Empat dan Lima bukan lagi dengan aku. Tapi dia masih mahu menegur aku...menyapa aku atau kadang-kadang mencari aku untuk bercakap sesuatu padàhal banyak lagi lain-lain cikgu.

Cara dia itu memberikan aku satu rasa penghargaan yang jarang aku jumpa. Biasanya budak-budak ini bila kita mengajar dia saja…dia baik dengan kita. Bila dah kita jarang hadap mereka… mereka hilang.

Merekapun seakan lupa dan jarang lagi mesra…kan? Sewaktu dia di Tingkatan Tiga, Empat dan Lima…aku masih terima hadiah daripadanya.

Alahhh…biasa-biasa saja. Macam pen merah itu. Pen merah pen biru…You marah…i love you!!...hahahahaha.

Rozanna di sebuah universiti. Universiti pendidikan untuk bakal-bakal guru. Dia sengaja memilih untuk jadi guru. Banyak tawaran yang dia dapat untuk sambung belajar. Tetapi dia tetap memilih yang itu.

Aku pernah tanya…mengapa pilih jadi guru. Katanya jadi cikgu best…nak jadi macam cikgu. Macam akulah tu…hahahaha. Mana yg best tentang aku.. akupun tak pasti.

Aku juga pernah hadiahkan dia sebatang pen. Lamy. Tanda penghargaan dan terima kasih buat dia.

Itu antara pen paling ideal dan yang termahal dalam kelasnya. Buat seorang anak murid yang sangat cantik tulisannya dan tentu sekali orangnya. Tertera namanya Rozanna…20xx.

Apapun…

Itu cuma kenangan dan tinggal kenangan. Rozanna telah tiada. Dia telah kembali menemui penciptaNya di suatu saat yang cukup hening lima hingga enam tahun yang lalu. Bahagian ini biarlah aku simpan. Itu lebih baik buat dia.

Buatmu Rozanna binti…alfatihah nak. Semoga rohmu sentiasa terpelihara oleh Allah SWT dan janji Allah…jannah buatmu. Aamiin.

Sumber: Facebook Lee

Artikel menarik

Pelajar ni punya tulisan, cantik dan kemas! Kalah pelajar perempuan… patutlah cikgupun suka

Bertuah insan bernama Cikgu Donze, perpindahannya ke sekolah baharu, dirai penuh tangisan…