Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Filipina, untuk menaik taraf dan memodenkan sistem pendidikan negara, namun guru sekolah awam di Libertad, Abuyog, Leyte masih perlu mendaki gunung untuk mendapatkan talian internet yang lebih stabil.

Walaupun kisah ini sudah berlalu, namun kegigihan dan pengorbanan besar guru-guru ini yang terpaksa berjalan berkilo-kilo meter dan mendaki gunung hanya untuk menghantar laporan dan penilaian ke Jabatan Pendidikan (DepEd), wajar dipuji.

Mereka tiada pilihan lain,data telefon milik sendiripun belum tentu dapat berfungsi dengan baik di kawasan tanah rendah.

Joseph Sumayang, merupakan salah seorang guru di Libertad Elementary School (LES) Libertad, Abuyong, Leyte telah berkongsi beberapa gambar sekumpulan guru yang sedang menyiapkan laporan mereka di atas gunung.

Berikutan kesukaran yang terpaksa mereka hadapi ini, ramai guru di Leyte berharap agar pihak Jabatan Pendidikan dan agensi kerajaan dapat meninjau keadaan mereka, seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

Menyediakan sambungan internet di setiap sekolah, bagi memudahkan guru-guru meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk penduduk Filipina.

Sementara itu, para netizen memuji dedikasi para guru, walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Sumber: Buhay Teacher