MEMBERI ganjaran merupakan satu cara memotivasikan pelajar. Apatah lagi jika pelajar itu merupakan pelajar yang berusaha keras untuk mencapai kejayaan, maka sebagai meraikan kejayaan mereka mencapai impian, wajarlah ganjaran diberi.

Ini yang berlaku kepada seorang pelajar SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Pongsu, Bagan Serai Perak, Aliff Hakimi yang berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM tahun lalu. Walaupun Aliff pernah berada di kelas ketiga, namun atas usaha sungguh-sungguh beliau berjaya mendapat kejayaan cemerlang.

Aliff anak sulung dari tiga beradik merupakan anak dari keluarga sederhana. Namun sikap yakin diri dalam belajar membuatkan dia berusaha keras memperbaiki dirinya dari kelas no 3 daripada 5 hingga berjaya ke kelas pertama.  Aliff juga rajin mengisi masa mencari wang tambahan membantu keluarga. Malah dia cuba berniaga air untuk membantu memahami selok belok subjek Perakaunan dan Inventori.

Di sekolah, beliau berusaha memperbaiki pencapaian bahasa Inggeris. Dari seorang yang pendiam beliau memberanikan diri memasuki kelab drama bahasa Inggeris untuk membina keyakinan diri. Sikap dan kesungguhan beliau menarik perhatian guru bahasa Inggerisnya iaitu Cikgu Rizal Sadiman.

Cikgu Rizal membimbing beliau dan mencabar agar beliau mendapat A dalam subjek bahasa Inggeris SPM.

Ternyata cabaran disahut dan Aliff berjaya mendapat 7A termasuk bahasa Inggeris. Cikgu Muhammad Rizal Sadiman bermurah hati menghadiahkan Aliff sebuah Iphone 7+ bagi menghargai usahanya mendapat A dalam bahasa Inggeris. Hadiah ini diberikan untuk meraikan Aliff yang bakal memasuki IPGM untuk mengambil jurusan pengajaran bahasa Melayu. Terima kasih Cikgu Rizal atas sifat murah hati cikgu.

Berikut adalah petikan daripada hantaran facebook Cikgu Rizal Sadiman

Aliff Hakimi & His Brand New Iphone.

Mengajar dia dari Tingkatan 1. Dari kelas nombor 3, dia belajar dengan rajin sampai dapat 6A (PT3) & 7A (SPM).

Aku janji dengan Kimi, kalau dia dapat A dalam English untuk SPM, aku akan belikan dia iPhone untuk gantikan telefon lama dia yang selalu hang. Kadang- kadang sampai dia give up nak tengok whatsapp group.

Jadi, hari ini aku tunaikan janji. Bawa dia ke Switch, iPhone 7+ untuk Alif Hakimi. Kimi bakal menjadi graduan IPG bermula September 2020. Doakan dia ya.

Sumber: Blog Cikgu Emmet Menulis

Artikel menarik:

Lapan cara mudah hasil inovasi hebat. Cikgu-cikgu boleh rujuk tip ini

Sejarah nama lima sekolah yang terkenal di Malaysia - Ini faktanya