UNTUNG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Mas ini.

Punyai pengetua yang ada idea hebat dalam banyak perkara.

Yang terbaharu, pengetua yang dikenali sebagai Cikgu Othman Ali itu telah menjadikan kawasan terbiar sebagai lokasi menanam sayur-sayuran.

Sekali tengok pada gambar ini, memang salutelah dengan idea beliau.

Seperti kata seorang warganet ini...

Syafiq Wazan: Saya berharap semua sekolah dapat tiru projek seperti ini. Gunakan ruang yang ada untuk perkembangan pelajar di samping dapat menjana pendapatan sampingan. Semua orang merasa gembira, itu yang utama. Semoga terus maju jaya semua yang terlibat. Saya sokong 200%.

Ikuti selanjutnya perkongsian Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Azuan Abdullah berkenaan idea Cikgu Othman.

**********

Dua bulan lepas, tapak ni hanya kawasan terbiar dan dijadikan tempat longgokan sampah sarap.

Alhamdulillah, hari ini ia berubah wajah 360 darjah. Dari kawasan yang “gelap” bertukar kepada taman sayur yang ohsem.

Di taman ini, pokok sawi hidup subur dan cun melecun. Ia bisa menenangkan semua orang yang melihatnya.

Hasilnya pun sangat luar biasa, ada yang 800 gram 1 pokok.

Perubahan ini adalah atas idea dan inisiatif Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Mas, Tuan Othman Ali.

Salute Tuan Pengetua. Tahniah.

Beliau luahkan hasratnya kepada Cikgu Zuraida supaya tapak ini dimanfaatkan dengan aktiviti pertanian untuk pelajar-pelajar pendidikan khas.

Dengan bantuan sahabat saya, Tuan Mohd Radzi Din, projek ini dapat di setup dengan sempurna sekali.

Dalam proses siapkan tapak, ada beberapa kali Tuan Radzi jumpa saya minta pendapat.

Niat beliau hanya satu, nak bagi projek ini berjaya dan berkekalan sekaligus menjadi perintis kepada sekolah lain.

Dipendekkan cerita, saya cadangkan buat fertigasi dalam polibag. Mula-mula tanam dengan sawi giant.

Saya bekalkan sop lengkap step by step. Follow je. Jika ada masalah, kita sama-sama selesai.

Pemilihan teknologi dan jenis tanaman sangat bertepatan dengan “client”.

Dengan projek ini, kita dapat membimbing dan mendidik pelajar-pelajar pendidikan khas supaya mereka minat dengan pertanian.

Mereka boleh rasa sendiri yang teknologi ini sangat mesra dengan mereka.

Maka, baru-baru ini, Tuan Pengetua telah mengadakan satu majlis ringkas ditapak projek ini. Majlis penuaian sawi.

Ianya mungkin nampak ringkas, namun impak kepada psikologi pelajar-pelajar yang terlibat sangat tinggi.

Mereka rasa sangat-sangat dihargai oleh pihak sekolah. Dengan ini, keyakinan kendiri dan motivasi mereka semakin tinggi. Mereka yakin yang mereka boleh buat sendiri.

Saya bagi A+ buat projek ini. Tahniah Tuan Pengetua dan semua warga SMK Pasir Mas. Tabik spring dari saya buat semua.

Buat sahabat saya Tuan Radzi, teruskan usaha tuan dalam membangunkan projek komuniti. Sesungguhnya komuniti sangat-sangat memerlukan orang yang berjiwa besar seperti saudara.

Buat sekolah lain, kalian boleh ikut jejak SMK Pasir Mas. Jadikan projek ini sebagai penanda aras. Untuk bimbingan dan nasihat, rujuklah Pejabat Pertanian Daerah terdekat.

Sahabat,

Semua orang boleh berkebun bila tahu cara yang tepat. Dengan ilmu dan teknologi yang sesuai, di mana-mana pun kita boleh bercucuk tanam.

Selamat Maju Jaya Semua.

Sumber: Facebook Azuan Abdullah

Artikel menarik:

Sekeping nota kecil ditampal di pintu stor sekolah, khas untuk tukang kebun. Ramai sebak dan terharu

Kagum dan terkejut! Bagaikan buruh binaan, lelaki bancuh simen di sekolah itu rupa-rupanya….

Potret wajah guru penuhi bilik cetak. Pengetua kongsi rahsia siapa pemilik tangan ajaib ini