Nasihat saya sebagai cikgu, mak ayah janganlah sesekali putus asa dengan keputusan peperiksaan anak-anak.

Siapa lagi yang mahu memberikan motivasi dan semangat kepada mereka jika kalian sendiri sebagai ibu bapa sudahpun menyerah kalah.

Andai kata gagal sekalipun dalam peperiksaan, anak kalian masih ada perjalanan yang jauh untuk ditempuhi.

Mudah kata, terlalu awal untuk terus mengaku kalah.

Orang tua-tua kata, umpama sebelum berjuang sudah mengangkat bendera putih.

Ini perkongsian Cikgu Mohamad hakim Mohammad nor dari Sekolah Kebangsaan SLDB No.1, Mukah Sarawak.

Pengalaman banyak mengajar saya sebagai cikgu.

Saya ada ramai murid yang bermula dari E. Tetapi akhirnya beroleh keputusan yang baik dalam peperiksaan atau UPSR (yang terdahulu) sebenar.

Formulanya, jangan menyerah dan terus percaya!

Bayangkan jika saya menyerah terlalu awal, pasti gagal menanti di hujung nanti. Bukan sahaja murid-murid akan gagal, malah kita sebagai ibu bapa dan cikgu juga turut sama gagal.

Mungkin peperiksaan ini bukan rezeki anak kalian, teruskanlah dan tingkatkan lagi usaha. Dengan usaha, pasti kejayaan dan peluang akan lebih banyak yang terbuka.

Kuncinya, sama-sama kita berusaha. Jangan mengaku kalah, dan banyakkan berdoa.

Sesungguhnya kefahaman dan kejayaan itu adalah milik Tuhan. Ia akan berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kita hanya mampu berusaha.

Tapi kena ingat, usaha dan doa perlulah seiring. Jangan sesekali dipisahkan.

Doa saya, moga berjaya buat kalian dan anak-anak kalian. Ini bukan perjuangan mereka seorang semata-mata. Ini adalah perjuangan kalian dan cikgu bersama.

Semoga berjaya!

Artikel menarik

'Mereka tak pernah sayang saya, ustaz' - warganet sebak bila dengar luahan pelajar ini

Hafal surah sambil siapkan aktiviti dalam kelas..gelagat murid tahun 3 undang rasa sebak ustazah