RAHSIA murid kelas belakang jadi professor.

“Dia berubah kerana seorang guru”

Terima kasih kepada guru saya kerana berkongsi cerita ini. Sangat dalam kesannya.

1) Murid kelas belakang

Siapa yang pernah jadi murid kelas belakang je tahu bagaimana perasaannya. Perkataan pedas dan sindiran selalu hinggap di cuping telinga. Dah jadi makanan harian. Bila selalu hadap kata-kata yang sama, telinga pun dah jadi tebal, hati dah jadi kering, adab dan akhlak tak usah cakap, memang jauh panggang dari api. Rasa diri tidak bermanfaat, malah risau kehadirannya hanya menyusahkan orang lain terutama ibu ayah.

Mak ayah susah, kerja membanting tulang empat kerat membesarkan anak-anak. Mata saya masuk habuk masa dengar kesusahan hidup yang dialaminya...Susah sangat.

Enam tahun iaitu dari Tahun Satu hingga Enam lalui rutin yang sama, bayangkan ia bukan satu tempoh yang singkat. Keperitan dan kesusahan hidup, tambah lagi masalah dalam pelajaran, tiada sudut yang boleh buatkan dia rasa bahagia dan bangga dengan dirinya.

Tanpa sedar...Ujian besar inilah yang mematangkan dia, mengajar dia tentang kehidupan. Senang itu tidak mudah untuk dicapai tanpa usaha yang setimpal.

Dulu, dia cemburu melihat kawan-kawannya yang hidup senang, bijak dalam pelajaran, keluarga berada dan miliki segalanya. Tapi hari ini dia bersyukur, kerana susah dia jadi kuat.

2) Sekolah menengah

Masa Tingkatan Satu dan Dua, masih lagi menyandang title murid kelas belakang.

Tingkatan Tiga...Bermulanya episod baru dalam kehidupan. Percaya atau tidak, dia berubah kerana seorang guru.

Kerana semangat dan kesungguhan guru ini dia malu jika gagal dalam subjek berkenaan. Setiap hari gurunya masuk kelas, mengajar dengan bersungguh-sungguh. Guru yang ikhlas akan dapat dirasai oleh murid.

Kesungguhannya jelas, Lengan baju dipenuhi kapur papan hitam. Mengajar murid tanpa melihat keadaan dan kekurangan yang ada, tetap berazam menjadikan muridnya seseorang yang hebat pada masa hadapan.

Subhanallah...Maha suci Allah...Kurniakanlah kudrat dan keinginan yang sama kepada semua guru di Malaysia ini.

3) Malu pada cikgu jika tidak berjaya

Bermula dari sinilah, murid kelas belakang ini mula berubah dan berusaha untuk membantu gurunya mencapai objektif pengajaran. Dia mula rajin bertanya, belajar tanpa mengira masa dan tempat.

4) Diberi tanggungjawab

Antara faktor lain yang menyebabkan dia makin positif dan bermotivasi ialah diberi kepercayaan oleh guru untuk memegang jawatan di sekolah.

Seperti tidak percaya.

Murid kelas belakang akhirnya menyandang Pelajar Terbaik SPM. Mengejutkan semua orang.

Dan kini dia membuatkan gurunya bangga kerana miliki segalanya, jawatan, pendidikan, kekayaan.

Gurunya...

Tetap seperti dulu, yang penting usahanya membantu anak bangsa membuahkan hasil.

Guru bukan sekadar mengajar...

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff Yusoff

- Merupakan Guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat, Johor.

Artikel menarik:

Cikgu yang senyap dan pendiam...anda sebenarnya menjadi pilihan utama warga sekolah

Takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021