Pandemik Covid 19, mengubah kebiasaan dengan cara norma baharu. Tiada lagi kemeriahan Hari Anugerah, tiada lagi majlis yang serba gah.

Segalanya berubah. Namun bagi sekolah di kaki bukit SK Kg Baharu Jerantut Pahang, mereka tetap meraikan kejayaan murid-murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam norma baharu.

Seramai enam orang tokoh murid yang berjaya dinobatkan sebagai penerima anugerah aktiviti pendidikan norma baharu.

Penyelaras program Apreasiasi Murid, Cikgu Norafizah Abdul Razak diringi Guru Besar, Noraini A.Malek gigih mengangkut gegantung dan memunggah hadiah dan sijil pengiktirafan untuk diberikan kepada murid-murid yang cemerlang.

Mereka mengharungi denai dan kawasan berbukit bukau hanya dengan satu tujuan, adalah untuk meraikan mereka yang berjaya mengharungi aktiviti pendidikan dalam situasi pendermik Covid 19.

“Pendermik Covid 19 banyak meragut kegembiraan alam belajar kanak-kanak.Mereka sukar menjalani aktiviti-aktiviti kerana pematuhan SOP dalam memutuskan rantaian virus ini.

Usaha ini diharap dapat megekalkan minat mereka utuk terus belajar dan terus menyertai aktiviti berdasarkan norma baharu pada masa akan datang,” katanya.

Menurut Cikgu Norafizah lagi, majlis apreasiasi dari rumah ke rumah ini bukan sahaja memberi kegembiraan kepada murid-murid.

Ia juga memberi semangat kepada ibu dan bapa agar terus membantu anak-anak mendepani cabaran pendidikan dalam norma baharu.