"CANTIK tak tulisan dan lukisan murid saya....baru DARJAH 1 tetapi dah pandai menulis dan melukis. Subahanallah.

Demikian kata Cikgu Mohd Fikri Mohd Salleh dari Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Air Itam, Pulau Pinang menerusi posting di facebooknya, baru-baru ini.

Menurut Cikgu Mohd Fikri, murid yang dimaksudkan itu dikenali sebagai Isya Zulfa Mushawwir.

"Dia murid Tahun 1 Bestari.

"Tulisan dan lukisan yang dia buat berkenaan topik 'Pentingnya Bahagian Tumbuhan' bagi subjek Sains," kata guru matapelajaran tersebut.  

Jelas guru ini lagi, Isya Zulfa sememangnya seorang murid yang pandai melukis.

"Karyanya bagaikan pelukis profesional. Memang cantik sangat. Seluruh warga sekolah kagum dengan bakat dia," ujarnya.

Perkongsian Cikgu Mohd Fikri berkenaan bakat Isya Zulfa mendapat 600 komen positif daripada warganet.

Ini antara kata mereka...     

Sumber: Facebook Tcher Fix

Artikel lain:

Cikgu Jash kongsi tip persediaan peperiksaan SPM 2021

Faktor 'niat ponteng sekolah'. Guru-guru perlu ambil cakna akan isu ini

Lima kunci kejayaan guru. Yang ketiga sangat penting untuk guru beri perhatian