INILAH makanan yang suatu ketika dulu kita berlari-lari dengan rakan ke dewan makan bila sampai waktunya kan?

Siapa yang pernah tinggal di asrama, mesti setuju dengan menu yang kami sediakan ini.

Makanan inilah yang sering menjadi kenangan terindah bila diimbas balik.

Rindunya memori sekolah!!!

Mari tengok, jenis makanan yang pernah kita makan bersama-sama satu ketika dahulu.

1) Ikan Jaket

Ikan ni biasanya makcik dewan makan masak sambal kicap. Ini memang terkenal seluruh dewan makan seluruh negara kan? Huh..memang 1001 kenangan sungguh.

Ada jugak ikan jaket masak taucu...boleh bau sampai bilik...rasa nak nangis kalau tak de menu ni.

2) Nasi Ayam

Inilah menu paling ditunggu-tunggu kerana biasanya dihidang pada hari minggu sahaja iaitu Sabtu atau Ahad. Kadar pemotongan di barisan yang beratur ketika mahu ambik juadah, boleh buat gaduh!

Menu ini selalu selang seli dengan nasi tomato lauk kurma seminggu sekali.

Nota: Kadang-kadang ayam hadir dalam keadaan yang keras, namun tetap nikmat.

3) Sayur Sawi (masak air kosong)

Balik penat-penat dari kelas, kadangkala mahu juadah sedap tapi kadang-kala apa yang dihidangkan dewan makan ialah sayur sawi masak air kosong.

Sangat sedap sebab kuah dia masin-masin makan dengan ikan goreng. Patutlah body cantik masa sekolah dulu sampai sekarang kan!

4) Dalca Sayur

Terung lembik, kacang panjang dan dal adalah bahan utama. Malah tidak sah jika anda tak pernah dengar orang lain jumpa ulat dalam terung masa makan.

Mana yang main makan je, memang tidak sedar tentang protein yang disumbang oleh ulat tersebut.

5) Ayam masak kicap cair

Walaupun cair, tetap la menjadi hidangan istimewa. Tip untuk makan ayam ini adalah mintak kuah banyak-banyak. Selera...gulp!

Siapa cepat kadang-kadang dapat kentang...yang lambat dapat kicap...free minyak-minyak sekali...huhuhu.

6) Ayam masak merah (lambat tak dapat)

Asalkan nama ayam, itulah menu paling sedap ketika di asrama. Laris ni...agak-agak cikgu lambat lepas kelas akhir, memang tak merasalah makan tengahari ayam masak merah tu! Oh rindunya..

 

7) Nasi goreng pagi (selalu jarang makan)

Nasi goreng ini biasanya tawar. Pergi lewat skit, dah nak dekat pukul 7 pagi gitu. Bawak tupperware untuk tapau nasi-nasi yang lebih sebab orang tak mau makan tu. Dah jadi bekal untuk rehat plak. Makan ngan kengkawan.

8) Biskut Mayat

Inilah santapan waktu malam selepas balik study malam (orang panggil prep). Biskut ni memang sedap dicelup dengan air milo. Gandingan lain seperti kek cawan kecil dan juga roti  marjerin keras sadur gula. Bunyi macam sedap tapi kalau tersilap mamah boleh akibatkan kecederaan pada lelangit.

9) Aiskrim cawan

Aiskrim ni, kami selalu tengok senior-senior 'mengadu domba' dengan makcik dewan makan untuk dapat lebih.

Maka bila kami dah jadi senior, kami pon buat benda yang sama. Haha aiskrim cawan ni biasanya ada dua perisa, coklat dan vanila.