Aku OKU aku boleh,

Aku OKU aku yakin,

Aku OKU aku kena kuat,

Aku Oku aku pantang menyerah,

Aku OKU aku usaha,

Aku OKU aku tak duduk saja,

Aku OKU aku bersedia,

Aku OKU aku berdoa sentiasa,

Aku OKU aku redha,

Aku OKU aku positif,

Aku OKU OKU aku cabar diri,

Aku OKU ambil peduli,

Aku OKU aku semangat,

Aku OKU aku mahu berjaya,

Jika aku mampu,

Kamu Juga mampu.

Cikgu Mohd Huzaire Ahmad sememangnya seorang yang cukup tabah dan kuat semangat.

Walaupun serba kekurangan, tetapi beliau mampu membuktikan yang dirinya boleh.

Kebolehannya itu diperlihatkan menerusi Pameran Catan Cat Air di Dewan Semai Bakti Mempaga 1, semalam di mana sebanyak 33 karya lukisan hasil sentuhan ajaibnya berjaya dipamerkan.

Pameran bersempena Hari Malaysia itu turut mengetengahkan lukisan karya anak didiknya sendiri iaitu Muhammad Asrafiddin Shukri yang kini menyambung pengajian di UiTM Puncak Alam, Selangor.  

Juga tidak ketinggalan, beberapa lukisan lain hasil karya ahli Kelab Seni Cikgu Huzaire.

Menurut guru Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mempaga 2, Bentong, Pahang itu, seni lukis berjaya membuatkan dirinya gembira.

"Malah saya rasa sangat bahagia dan hilang tekanan bila melukis," katanya kepada GPS Bestari.

Sementara itu, dua pertandingan iaitu pertandingan nyanyian lagu patriotik sempena Bulan Kebangsaan 2020 dan pertandingan mewarna turut diadakan pada program berkenaan.

Pemenang bagi kedua-dua pertandingan berkenaan berbentuk wang tunai. Hadiah adalah sumbangan daripada Cikgu Mohd Huzaire Ahmad.  

Cikgu Mohd Huzaire Ahmad (kiri) bersama anak didiknya, Muhammad Asrafiddin yang turut menyumbang karya pada Pameran Catan Cat Air, semalam. 

Artikel menarik:

Cikgu boleh ikut lapan tip ini, untuk miliki otak lebih sihat, bijak dan pandai

Cikgu Mohd Nasir sebagai Duta Kecil Pendidikan Malaysia. Kongsi pengalaman menarik OPESA

'Macam-macam soalan mereka tanya, seronok pula bila tengok kesungguhan murid-murid ini'