SUDAH 17 tahun bergelar pendidik. Dalam tempoh itu, guru Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan, Dr Salbiah Mohamed Salleh akui yang dirinya telah melalui pelbagai pengalaman yang indah.

"Kerana kerjaya inilah, hidup saya bermakna," katanya.

Ikuti perjalanan beliau sebagai seorang guru seperti yang dikongsi menerusi akaun facebooknya, baru-baru ini.

**********

(14 Julai 2003 - 14 Julai 2020)

Hari ni genap 17 tahun menjadi seorang guru, bergelar ustazah.

Posting pertama di bandaraya KL seawal usia 22 tahun di sekolah yang penuh cabaran memberi banyak pengalaman.

Kalau dulu, pagi-pagi sampai sekolah mesti tunggu toilet budak laki. Spot check tie, buka kasut, buka stokin. Bergaduh, menjerit, suara volume 5.. Bila masuk kelas, tenaga dah habis. Adakalanya kejar budak sampai ke medan, budak lari rumah call kita suruh jemput tepi jalan. Dah hafal port lepak student..Tiban, Jalan J, dam.. Fail disiplin mesti kena sentiasa update sebab parent akan datang bila-bila masa. Nombor polis memang ada dalam handphone. Ada kes tak boleh handle, minta tolong polis.

Tapi bila kita tegur, marah kerana sayang. Insya-Allah murid boleh menilai.

Sampai hari ni, ustazah tetap ustazah sama. Kaunter soal jawab bab hukum masih diterima walau anak murid pun dah jadi orang hebat. Adakalanya mesej jual produk, minta pinjam duit pun ada. Hubungan ni takkan putus sampai bila-bila. Ramai dah kahwin dan berkeluarga. Yang dulu nakal sebenarnya manja.. alam remaja memang begitu. Kita semua juga melalui fasa yang sama. Selagi mana jaga yang wajib tak buat yang haram, Insya-Allah dalam jagaan dan lindungan Allah.

Masuk mengajar SBP semua murid perempuan, ustazah pun banyak dah slow down. Kalau kita mengajar terlebih volume, menjerit bertempik dalam kelas, budak akan terkebil-kebil pelik agaknya...

Kalau dulu sekelas 40 orang, kalau kelas gabung zaman kelas Amyra Rosli tu cecah 55 orang sekelas. Mengajar mesti volume tinggi. Kat sini paling ramai pun 22 atau 25 orang saja. Alhamdulillah, kualiti PdP lebih mudah di sini namun cabaran lain pulak untuk capai.

Begitulah roda hidup kita,

Allah takdirkan kita di satu tempat untuk mendidik kita.

Datangkan mereka untuk mentarbiah diri

Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah PPIPS UTM SKUDAI (Sekarang FTI) mewujudkan kursus SPI ini. Kami ustaz ustazah yang ada Sarjana Muda Sains (Bsc) bukan (BA). Mohon doakan guru-guru kami sihat, diberi kekuatan untuk terus melahirkan lebih ramai sarjana Muslim. Mereka banyak mendidik kami beberapa batch yang kini berada di merata-rata tempat berkhidmat mendidik anak bangsa.

Saham ini merupakan pusingan yang tidak akan henti.

Sumber: Facebook Salbiah Salleh