Pusat Sumber sekolah merupakan nadi utama warga sekolah dalam menuntut ilmu. Namun apa yang berlaku pelajar agak kurang berminat untuk mengunjungi gedung ilmu ini.

Mungkin dalam kalangan pelajar beranggapan, PPS ini tidak menarik dan kurang merangsang minat mereka untuk ke sana.

Atas sebab itu Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media Pusat Sumber Aminuddin Baki, SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah, Cikgu Mohammad Noor Azlan Idris mengambil inisiatif merubah persepsi dan menarik minat pelajar untuk ke Pusat Sumber dengan mencipta kelainan menggunakan konsep DIY. 

"Kami menggunakan wang sendiri untuk bilik PSS ini, memandangkan kos yang dikeluarkan juga tidaklah banyak. Malah, setiap sudut yang dibina, kosnya sangat murah sebab kami menggunakan bahan sedia ada dan diubah fungsi mengikut keperluan semasa.

"Idea untuk ubah suai, diperoleh setelah melihat banyak barang yang tidak digunakan lagi disimpan di dalam stor sekolah. Langkah terbaik adalah menggunakannya semula dengan konsep DIY. Kosnya juga sangatlah rendah,"katanya. 

Antara idea kreatif yang digunakan adalah berasaskan bahan sedia ada dan diubah suai dengan kehendak pelajar.

1.  Menggunakan rak besi yang rosak sebagai sumber tulisan 3D

Rak besi yang terpakai yang kadangkala sudah rosak tiangnya dibuang di stor sekolah. Rak itu diambil kembali dan dijana untuk dijadikan tulisan 3D yang lebih kreatif. Selain tidak memerlukan kos ianya memudahkan pelajar membacanya kerana ianya menggunakan tulisan yang lebih besar dan jelas. Apa yang menarik,  perkataannya boleh diubah mengikut kehendak semasa.

2.  Menggunakan mesin jahit lama sebagai tempat rekreasi minda seperti dam dan catur

Mesin jahit besi yang telah lama dan tersadai dicat warna emas dan dilapis papan serta diubahsuai sebagai sebuah meja untuk kegunaan pelajar.

Meja ini beroda dan mudah alih serta mudah digunakan apabila diperlukan. Mesin jahit sebagai projek kolaboratif PSS Bersama panitia Reka Bentuk Teknologi. Apa yang menarik mereka boleh bermin sambal mengayuh.

3. Papan Plywood terpakai digunakan sebagai alat mengubah ruang

Apabila beberapa ruang di sekolah sudah tidak digunakan bahan-bahan seperti plywood terpakai dibiar begitu saja. PSS mengambil langkah mengutipnya dan diubahsuai ditempat-tempat tertentu seperti :

D kapak

Novel station

Kaunter

Pintu masuk

Tanyalah ustaz

4.  Lampu DIY menggunakan kotak dan bahan  diubahsuai

Pencahayaan dan mainan lampu mampu mempengaruhi pengunjung. Justeru untuk pemasangan lampu yang menarik pastinya kos agak mahal, PSS menggunakan bahan sedia ada seperti kotak hantaran untuk mengubah suai lampu sedia ada.

5. Troli Nilam bergerak

Troli tersebut memudahkan urusan merekod bahan bacaan NILAM di sekolah. Troli ini boleh bergerak ke kelas untuk mendapatkan data bacaan dan ketika program bacaan dilaksanakan.

6.  DIY minuman di PSS

Untuk pelajar, turut disediakan minuman untuk mereka di PSS. Minuman air penapis sejuk dan panas ini disumbang oleh salah seorang guru di sekolah. Pelajar yang bertuah akan berpeluang untuk minum air minuman panas seperti milo, teh, kopi dan lain-lain secara percuma. Mereka boleh bancuhnya sendiri.

Impak daripada perubahan ini pelajar sudah mula  memenuhi PSS. Mereka tertarik dengan perubahan suasana dan khidmat yang disediakan oleh PSS. Selalunya, pelajar akan mengunjungi PSS selepas tamat waktu persekolahan.

Buku-buku menarik juga turut disediakan selain program inovasi Tanyalah Ustaz yang dilaksanakan seolah-olah mereka dalam program realiti televisyen.

Harapan pihak sekolah agar segala yang dilaksanakan dapat mengubah mentaliti pelajar tentang peranan dan fungsi pusat sumber sekolah seterusnya PSS dapat membantu mereka lebih cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.

Artikel Menarik:

Tiga tahun pakai kasut koyak...cikgu ini sebak kenang nasib pelajar Tingkatan Dua

Nasihat 'deep' buat guru baru posting

'Hari pertama mereka sambut hari jadi saya' - Cikgu ini tak sangka guru di SJKC buat kejutan