KUCHING - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (spm) 2018 Constance Wong Chia Yii dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong menunjukkan sijil dan keputusan SPM yang diperolehnya. Constance adalah antara lapan pelajar di Sarawak yang mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran.

MELAKA - Enam pelajar cemerlang SPM (dari kiri) Gan Li Juan, Joan Toh Suzie, Emily Tan Tze Yin, Muhammad Mursyidin Suratman, Kua Shao Ming dan A.Sukhmit Singh ceria bersama keputusan yang diterima mereka selepas Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2018 peringkat negeri. Seramai enam calon spm 2018 memperoleh keputusan semua A+ dalam semua subjek yang diduduki dengan lima daripadanya memperoleh 10A+ dan seorang mendapat 9A+.

KUANTAN - Pelajar terbaik SPM Pahang, Che Wan Nadhirah Che Wan Mohd Amil, 18, yang mendapat semua A+ berkongsi kegembiraan bersama ayah Che Wan Mohd Amil Che Wan Sulaiman, 59, dan ibu Sahazilah Saidin, 57, ketika tinjauan di SMK Abdul Rahman Talib. Seramai 22 pelajar SMK Abdul Rahman Talib mendapat 9A daripada 238 pelajar 9A seluruh Pahang.

KUANTAN - Pelajar terbaik SPM Pahang, Che Wan Nadhirah Che Wan Mohd Amil, 18, (depan, tengah) yang mendapat semua A+ dirai rakan yang turut mendapat keputusan cemerlang 9A ketika tinjauan di SMK Abdul Rahman Talib.

KUANTAN - Pelajar cemerlang 9A SMK Abdul Rahman Talib, Muhammad Aiman Fahmi Kasmi, 18, memeluk ibu ketika diumumkan keputusan peperiksaan SPM.



KUALA TERENGGANU - Calon Terbaik Berkeperluan Khas (CBK) SPM 2018 Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri menunjukkan keputusan peperiksaan itu ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Syeikh Abdul Malek. Ahmad Shahir dari SMKA Kuala Abang Dungun yang mengalami masalah rabun sejak tingkatan 3 berjaya memperoleh keputusan terbaik iaitu 1 (A+), 4 (A), 3 (B+), 1 (B), 1 (C+), 1 (C).



KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Abdul Aziz Jusoh (depan empat, kiri) bergambar bersama pelajar cemerlang Sekolah-sekolah Menengah Agama MAIWP pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2018 di Sekolah Menengah Agama (SMA) MAIWP.



KUALA TERENGGANU - Pelajar terbaik Terengganu bagi SPM 2018 (dari kiri) Muhammad Hilman Nor Azmi, Amirah Husna Abdul Kahar, Nurin Batrisyia Mohd Azmi, Nur Atiqah Syuhadah Hamdan dan Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri menunjukkan keputusan SPM yang disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Shafruddin Ali Hussin di SMKA Syeikh Abdul Malek.



KUALA TERENGGANU - Gelagat pelajar yang menerima keputusan SPM 2018, Ahmad Jauzi Najmuddin (duduk, tengah) bersama rakan di SMKA Syeikh Abdul Malek.



KUALA LUMPUR - Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang kelihatan gembira pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2018 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Abdul Aziz Jusoh di SMA MAIWP.



KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) beramah mesra dengan pelajar terbaik SPM 2018 Terengganu, Muhammad Hilman Nor Azmi (dari kiri), Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri (CBK), Nurin Batrisyia Mohd Azmi, Amirah Husna Abdul Kahar dan Nur Atiqah Syuhadah Hamdan selepas menerima keputusan peperiksaan yang disampaikan   Pengarah Pelajaran Negeri, Shafruddin Ali Hussin di SMKA Syeikh Abdul Malek.



KUALA TERENGGANU - Pelajar terbaik Terengganu bagi SPM 2018, (dari kiri) Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri (CBK), Muhammad Hilman Nor Azmi, Nur Atiqah Syuhadah Hamdan, Amirah Husna Abdul Kahar dan Nurin Batrisyia Mohd Azmi gembira selepas menerima keputusan yang disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Shafruddin Ali Hussin di SMKA Syeikh Abdul Malek.



KOTA BHARU - Pelajar orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Rizdwan Roslan, 18, tidak dapat menahan kegembiraan selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2018 di SMK Pengkalan Chepa 2.



SEREMBAN - Sebahagian pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, gembira selepas mengambil slip peperiksaan SPM 2018.



YAN - Abidin Md Sin mencium dahi anaknya Kharul Najwa Abidin yang mendapat keputusan 9A SPM di SMK Batu 17 Padang Lumat.



 KOTA BHARU - Pelajar OKU Muhammad Rizdwan Roslan, 18, (tiga, kiri) diraikan rakan selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2018 di SMK Pengkalan Chepa 2.



PUTRAJAYA - Bekas pelajar SAS (dari kiri) Aiman Hadi Sharizal, Muhamad Fadzrul kamarudzaman, Aqif Farhan Azmil Farid, Muhammad Zabir Azreen Redzal dan Iman Alimi Mohd Jata
gembira ketika diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2018 di SAS.



PETALING JAYA - Pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM 2018 dan atlet negara sukan menembak Dina Batrisya Adi Azhar, 18, menunjukkan slip peperiksaan sambil dicium oleh bapanya, Adi Azhar Abdul Majid, 46, dan ibunya Lilik Sri Wahyuni Iskandar, 44, di Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman. Seramai 25 pelajar sekolah itu berjaya memperoleh keputusan semua 'A'.



JOHOR BAHRU - Nur Dhiya Khalish Mohd Rani, 18, yang mendapat keputusan cemerlang SPM 9A dari SMK Pasir Putih, Pasir Gudang berkongsi kegembiraan bersama ibu dan bapanya, Rohana Abdul Manan, 51, dan Mohd Rani Abdul Rashid, 53, ketika mengambil keputusan SPM di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.



KUBANG PASU -  Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Abd Aziz Selaiman (kiri) menyampaikan slip peperiksaan dan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang Ooi Shi Ern dari SMK Keat Hwa 1 pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2018 peringkat negeri di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.  Shi Ern memperolehi keputusan 11A+ (Cemerlang Tertinggi) dan antara tujuh calon cemerlang negeri itu.



JOHOR BAHRU - Pelajar SPM 2018 berkongsi kegembiraan ketika mengambil keputusan SPM di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang. Mereka memakai penutup mulut dan hidung berikutan kes pencemaran udara daripada sisa bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim.

JOHOR BAHRU - Pelajar yang menduduki SPM pada 2018 hadir untuk mengambil keputusan mereka di PPD Pasir Gudang.



JOHOR BAHRU - Pelajar SPM 2018 ketika mengambil keputusan mereka di PPD Pasir Gudang.



PUTRAJAYA - Bekas pelajar SAS Muhammad Fadzrul Kamarudzaman menerima ucapan tahniah daripada guru sekolah SAS Romashitah Abd Rani (kanan) ketika diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2018 selepas diumumkan sebagai pelajar cemerlang 9A+ di SAS.



PUTRAJAYA - Bekas pelajar SAS Aqif Farhan Azmil Farid (dua, kanan) bersama bapanya Datuk Dr Azmil Farid (kanan) dan ibunya Datin Dr Suhaila Omar (tiga, kanan) ketika menerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2018 selepas diumumkan sebagai pelajar cemerlang 10A+ di SAS. Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (dua, kiri).

Ini pula kisah pelajar cemerlang SMK Pengalan Chepa 2 yang kudung. Reaksinya membuat ramai sebak. https://www.gpsbestari.com/berita/walaupun-saya-kudung-saya-nak-jadi-jurutera-menitik-airmatanya-ketika-ambil-keputusan-spm-1.923721